Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd January 20, 2021 @ 4:55pm

Selangor Umum Pakej Khas Bantu Rakyat, Fokus Kepada B40, Warga Emas Dan Mahasiswa

Dalam usaha membendung masalah ekonomi berikutan Covid-19, kerajaan Selangor hari mengumumkan pakej bantuan khusus untuk membantu rakyat yang terkesan. 

Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, pakej ini merangkumi implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta kepada kerajaan negeri.


“Bagi bantuan khas PKP, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM6 juta untuk melaksanakan saringan bersasar, dengan fokus diberi kepada warga emas, golongan B40 dan mahasiswa Selangor.


“Kerajaan negeri menerusi Selgate Healthcare telah menambahbaik fungsi aplikasi SELangkah untuk turut membantu dalam pengawasan kendiri (self monitor) pesakit COVID-19.


“Bagi mengurangkan beban ke atas petugas barisan hadapan KKM, Bas Smart Selangor akan digunakan secara percuma untuk menghantar pesakit dari rumah ke MAEPS, Serdang.


“Peruntukan RM100,000 pula diberikan setiap satu daripada 56 DUN menerusi Peruntukan Khas Selangor Mesra Rakyat, sekali gus membolehkan program atau aktiviti Mesra Rakyat yang melibatkan perolehan bekalan asas seperti beras, minyak masak, tepung, makanan dalam tin dan lain-lain boleh dilaksanakan secara terus,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 7 Nov 2025
Trending Wed, 19 Aug 2020

Tarikh Semakan Keputusan Dan Bayaran Rayuan BSH Fasa Ke-3

Jom semak bila tarikh mula bayaran rayuan BSH

Trending Fri, 1 Mar 2019

Penumpang Singapore Airlines ini tergigit sebatang gigi yang ditemui di dalam nasinya!

Bagaimana gigi boleh terjatuh ke dalam hidangan yang sepatutnya berpiawaian tinggi?

Featured Thu, 21 Mar 2019
Hiburan Sat, 19 Apr 2025
Featured Thu, 13 Mar 2025

Asyik Bercinta! Ameera Khan Sedia ‘Hadiah’ Istimewa Buat Jefri Nichol

Hadiah berjenama mewah itu tertera pangkal huruf ‘A’ mewakili namanya.

error: Content is protected !!