Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd January 31, 2021 @ 2:32pm

Ramai Hilang Punca Pendapatan, Andi Bernadee Suntik Semangat Dalam Kais Pagi Kais Petang

Nama Andi Bernadee sudah tidak asing lagi di kalangan peminat industri seni Malaysia. Kini, Andi bakal memeriahkan lagi industri muzik Malaysia dengan single terbaharunya berjudul “Kais Pagi Kais Petang”. 

Mengambil inspirasi dari peribahasa Melayu ‘Kais pagi makan pagi, Kais petang makan petang’ yang membawa bermaksud orang susah yang perlu bekerja setiap hari, kalau tidak bekerja tiadalah pendapatan.

Mengulas tentang single terbaharunya ini, Andi berkata, “Sebelum pandemik melanda negara lagi, memang sukar mencari rezeki pada masa kini. Isu yang mungkin kita, keluarga atau kawan-kawan kita pernah atau sedang hadapi. Kerja kuat hari-hari, buat bermacam-macam jenis kerja tapi pendapatan hanya cukup-cukup makan sahaja. 

“Saya amat memahami kesukaran semua pihak terutamanya rakan-rakan dalam industri kreatif yang kehilangan sumber pendapatan pada waktu ini. Menerusi lagu ini saya berharap selain dapat menghiburkan ianya juga boleh memberi suntikan semangat buat mereka yang terjejas dalam menghadapi saat sukar ini.”

Single “KAIS PAGI KAIS PETANG” terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 29 JANUARI 2021. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 26 Dec 2025
Featured Fri, 9 Sep 2022

Netizen Dakwa Video Tular Dedah Wajah Bilal, Ini Respons Neelofa

Pelanduk dua serupa kot ni? Hihi ☺️ Ramai tak sabar nak tengok muka comel Bilal kannn 🤪

Hiburan Sat, 2 Aug 2025
Trending Sat, 3 Jul 2021

Dijangka Tempoh 3 Bulan Akan Datang Lebih Kritikal – Khairy

Semoga Malaysia sentiasa terpelihara ♥

Hiburan Mon, 16 Feb 2026

“Ramai Suami Tak Berani Bersuara” – Fazley Yaakob Dedah Lebih 50% Perkongsian Di Threads Datang Dari DM Pengikut

Fazley mendedahkan lebih 50 peratus hantaran yang dikongsikan itu berpunca daripada luahan pengikutnya sendiri.

error: Content is protected !!