Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin February 3, 2021 @ 10:44am

Pelakon & Pelawak Veteran, Datuk Jamali Shadat Meninggal Dunia

Pelakon dan ‘stand up’ komedi popular, Datuk Jamali Shadat, 78, telah menghembuskan nafasnya pada jam 8.30 pagi pada Rabu.

Beliau yang cukup terkenal pada era 80-an ini dikenali dengan kebolehan melakonkan watak ‘Atan’  bersama atuknya serta rakan-rakan yang berbilang kaum.

Berita mengenai pemergian Allahyarham dimaklumkan sendiri oleh cucu beliau, Isyraq Ariff Zalull Ariff, 31.

“Doktor sudah mengesahkan datuk sudah tiada. Urusan proses pengebumian akan dimaklumkan kemudian,” katanya.

Menurut Isyraq Ariff, Allahyarham amat terkesan dengan pemergian isteri tercinta, Lela Yacob akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018 sehingga Allahyarham lebih banyak termenung.

“Arwah nenek buat rumah di Pulau Indah, Klang ini dan rancang nak tinggal dengan datuk. Apabila rumah siap, nenek meninggal dan hanya jasadnya dibawa balik ke situ,”jelasnya.

Terdahulu, keadaaan Allahyarham yang uzur menyukarkan beliau untuk berjalan manakala, selera makan pun turut berkurang.

Allahyarham Datuk Jamali Shadat dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor, mempunyai lapan anak dan 39 cucu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 21 Nov 2025

8 Tahun Sepi, Irene Catalina Kembali Dengan Single ‘Mau Apa Lagi’… Sedia Hadapi Persaingan & Kecaman

Irene Catalina yang kini 47 tahun menegaskan faktor usia bukan halangan untuk terus berkarya.

Featured Wed, 24 May 2023
Featured Thu, 12 Jun 2025

Foto Jadi ‘Bahan’ Eksploitasi S*ksual, Mekyun Selesai Buat Laporan Polis

Mekyun akhirnya selesai baut laporan polis berkaitan isu pedofilia.

Acara Wed, 8 Feb 2023
Hiburan Tue, 13 May 2025

[VIDEO] Dituduh Sindir Fazura, Janna Nick Tampil Bersuara – “Yang G*la Itu Saya!”

Janna Nick nafi gelar Fazura perempuan gila, minta netizen jangan membabi buta

error: Content is protected !!