Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin February 18, 2021 @ 4:41pm

“Ia Memang Menyakitkan!”- Ameera Khan Akui Tertekan Sering Dibandingkan Dengan Neelofa

Sebut sahaja Ameera Khan atau lebih dikenali dengan panggilan Little Miss Khan (LMK), pasti ramai yang mengenali susuk tubuh gadis ini yang sering terpalit dengan isu kontroversi sejak beberapa tahun yang lalu.

Walaupun namanya tidaklah segah kakak beliau yang juga merupakan seorang usahawan dan pengacara terkenal, Neelofa, namun LMK pastinya punya pesona tersendiri.

Seringkali dikaitkan atau dibandingkan dengan Neelofa, maka tidak hairanlah jika LMK rasa terganggu dengan anggapan tersebut.

Malah, ada juga segelintir netizen yang melemparkan komen-komen negatif terhadapnya.

Bagaimanapun, beliau mengakui bijak dalam menangani dan menyembunyikan perasaannya itu.

Sumber : Instagram  @littlemisskhan

“Bohong kalau saya beritahu ia tidak memberikan apa-apa kesan kepada saya langsung kerana ia ada ketikanya menyakitkan. Cuma saya rasa, saya agak baik di dalam menyembunyikan apa yang saya rasakan ketika membaca komen mengenai apa yang mereka perkatakan tentang saya”.

“Apabila mereka bandingkan saya dengan kakak. Sejujurnya, ia menyakitkan tetapi..”

Sumber : Instagram  @littlemisskhan

Bagi Ameera, walaupun sering dibandingkan dengan Neelofa beliau tetap memahami bahawa jalan yang dipilih beliau ini adalah disebabkan sokongan keluarga.

Beliau tidak mahu mengambil perkara ini serius kerana menganggap ia lumrah dalam industri.

Ameera juga memaklumkan bahawa, apa sahaja yang dikongsikan beliau di media sosial itu bukanlah merujuk kepada gaya hidup beliau secara keseluruhan.

“Apa yang saya tunjuk di media sosial adalah apa yang saya mahu kongsi. Bukan segala-galanya atau 100 peratus kisah hidup saya. Mungkin ianya hanaylah 2 peratus sahaja” 

Berbeza umur lebih 11 tahun dengan Neelofa

Sumber : Instagram  @littlemisskhan

Mengakui perjalanannya masih jauh, beliau perlu kuat untuk menghadapi segala kritikan yang diterima kerana, jika dibandingkan dengan Neelofa, perbezaan umur amatlah ketara iaitu 11 tahun. Beliau baru sahaja menginjak ke usia 20-an dan segalanya amatlah baru bagi Ameera.

” Saya dan Neelofa pun berbeza lebih 11 tahun. Saya masih muda baru mencecah usia 20 tahun dan masih jauh lagi perjalanan. Tetapi ada sesetengahnya yang anggap mereka tahu segalanya mengenai diri saya”

“Tapi tidak mengapalah, saya tahu mereka bukanlah tahu semuanya. Tapi inilah jalan yang saya pilih dan saya perlu hadapi. Saya okay saja cuma ada ketikanya ia menyakitkan”.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 7 May 2023
Featured Fri, 23 Dec 2022

Kongsi Video Kemas Bilik Belajar, Ramai Jadikan Intan Najuwa Sebagai Inspirasi

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di TikTok yang menunjukkan pelakon Intan Najuwa sedang mengemas bilik belajarnya. Menerusi hantaran tersebut, Intan sedang mengemas segala buku-buku belajarnya dalam keadaan tersusun. Namun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah […]

Hiburan Wed, 9 Jul 2025

“Berikan Aku Seribu Kesibukan” – Marissa Dania Sibuk Urus Bisnes, Enggan Fikir Hal-Hal Tidak Seharusnya

Marissa Dania sibuk urus perniagaan, enggan terus fikir soal kontroversi

Featured Tue, 5 May 2026

“Tak Sangka Benda Ni Berlaku, Saya Juga Penat Bekerja & Jaga Anak-Anak” – Dr Fie Terkilan Terima Notis Daripada Nubhan

Bekas isteri penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek meluahkan rasa terkilan selepas menerima notis berkaitan kes komital yang difailkan oleh bekas suami terhadapanya. Kata Dr. Afifah usai perbicaraan kes berlangsung, dia tidak menyangka menerima […]

Trending Fri, 15 May 2020
Trending Wed, 10 Jun 2020
Trending Wed, 24 Feb 2021

[EKSKLUSIF] G Dragon & Jennie BLACKPINK Jalin Hubungan Cinta

Wow! G- Dragon & Jennie BLACKPINK ❤

error: Content is protected !!