Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin March 9, 2021 @ 1:11pm

i-Sinar : Lebih Ramai Ahli KWSP Buat Permohonan Baharu & Pindaan Pengeluaran

Ramai ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak melepaskan peluang meminda dan membuat permohonan baharu pengeluaran kemudahan i-Sinar tanpa syarat yang dibuka pada Isnin.

 

Ini termasuklah pemohon yang ingin mendapatkan bantuan permohonan dan pindaan kemudahan tersebut susulan syarat permohonan sebelum ini telahpun dimansuhkan.

 

ARTIKEL BERKAITAN :  Syarat & Kriteria Pengeluaran i-Sinar Kategori 2 Ditambah Baik

ARTIKEL BERKAITAN : Pengeluaran i-Sinar Kini Tanpa Syarat, Ahli Boleh Membuat Pengeluaran Sebanyak…

 

Malah, rata-rata pemohon i-Sinar pada kali ini menganggap langkah kerajaan meminda syarat i-Sinar dapat membantu pekerja sambilan mengeluarkan caruman demi kelangsungan hidup.

 

“Kemudahan ini sangat membantu golongan pekerja sambilan seperti kami dalam situasi ekonomi semasa yang tidak menentu disebabkan pandemik Covid-19. Sekurang-kurangnya ia dapat meringan beban kewangan” 

 

Walaupun permohonan boleh dibuat melalui dalam talian tetapi ramai diantara mereka yang hadir ke cawangan KWSP untuk mendapatkan maklumat dan bantuan lanjut berhubung i-Sinar.

“Kakitangan KWSP banyak membantu saya dalam proses permohonan i-Sinar. Ini kerana saya tidak berapa mahir dalam menggunakan permohonan digital”

 

Terdahulu, KWSP  memaklumkan bermula 8 Mac permohonan baru dan pindaan dibuka kepada ahli yang tidak memilih jumlah pengeluaran dengan betul semasa permohonan asal dibuat.

 

Namun, ahli juga boleh meminda jumlah permohonan pengeluaran namun ianya tertakluk kepada jumlah maksimum kelayakan ketika permohonan asal dibuat.

 

ARTIKEL BERKAITAN :  Jom Semak! Ini Cara Mudah Menukar Amaun i-Sinar Anda Secara Online

ARTIKEL BERKAITAN : Bayaran i-Sinar Dibuat Bermula 2 Mac 2021, Status TIDAK BERJAYA Perlu Mohon Semula Pada…

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 1 Oct 2024
Trending Fri, 13 Apr 2018

Dedah Rahsia Terbaru, Penjaga Pintu Menara Trump Terima AS$30,000

Namun menurut laporan akhbar The New Yorker, mereka tidak menemui sebarang bukti kukuh bagi menyokong dakwaan dibuat Dino Sajudin bahawa Trump ialah bapa kepada seorang anak perempuan yang kini sudah berusia 29 tahun. Aik, mana satu yang betul ni?

Featured Wed, 23 Nov 2022
Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Trending Sun, 29 Apr 2018

她将「15年老厢型车」改装超舒适跟狗狗环游世界

国外一名女子Marina Piro 亲手将一台老式的厢型车Pam 改装得超舒适,然后带着她的爱犬Odie 就这样四处旅行环游世界,并在IG 分享她的惬意生活让粉丝们羡慕不已,一起来看看她的旅程吧!

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
error: Content is protected !!