Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd March 10, 2021 @ 3:38pm

Peminat Dakwa Nampak Baby Bump, Elfira Loy Dikhabarkan Hamil Anak Kedua?

Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin meniup..

Pelakon, Elfira Loy dilihat semakin bahagia bersama keluarga kecilnya.

Terbaru, aktres itu dilihat memuat naik beberapa keping foto sempena sambutan hari lahir yang ke 27.

Majlis kecil yang diadakan itu turut dihadiri oleh keluarga terdekat dan kenalan rapat.

Namun apa yang menjadi perhatian netizen adalah bentuk fizikal Efira Loy yang dilihat menampakkan bentuk seakan baby bump.

Perkara itu menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat yang tertanya tanya adakah Elfira kini sedang hamil anak kedua.

Umum mengetahui, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhamad Rayyan Khalaf yang kini berusia 2 tahun.

Sehingga kini, Elfira masih belum memberi sebarang kenyataan rasmi. Sama sama kita doakan yang terbaik!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

8TV Thu, 3 Nov 2022
Hiburan Sat, 22 Jun 2024
Featured Fri, 29 Apr 2022
Featured Wed, 17 Jul 2019
Featured Thu, 19 Feb 2026

Aisha Retno Mengaku Pernah Terima Ugutan B*nuh

Penyanyi berbakat besar, Aisha Retno mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dia pernah menerima ugutan bunuh sepanjang enam tahun bergelar anak seni.

error: Content is protected !!