Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin March 12, 2021 @ 1:18pm

“Sedapnya Nama Dan Maksud Dia…” Awal Ashaari & Scha Al Yahya Pilih Nama Lyla Amina

Sempena genap sebulan usia anak kedua pasangan selebriti popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya hari ini, akhirnya nama baby L telahpun dikongsikan menerusi akaun instagram Awal dan Scha sejak semalam.

 

Memilih nama Lyla Amina, Awal mengakui agak sukar sebenarnya memilih nama tersebut sehingga membuatkan beliau susah untuk tidur.

 

Instagram @schaalyahya

“LA atau LY, dua huruf ni yang buat saya tak boleh tidur malam. Temujanji dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sudah buat waktu itu. Nama pula tak putuskan lagi. Nasib baik ada isteri dapat selesaikan perkara ini”

 

“Saya dan isteri jatuh cinta dengan nama Aminah…”

Instagram @schaalyahya

 

Memetik laporan Harian Metro, Awal memaklumkan bahawa nama tersebut asalnya dipilih oleh Lara yang menginginkan nama Lela manakala, nama Amina pula diambil bersempena nama ibu Nabi Muhammad SAW.

“Asalnya, Lara inginkan nama Lela yang dia sudah pilih lama semasa adik masih dalam perut lagi. Sementara, saya dan isteri pula sudah jatuh hati dengan nama Aminah, diambil bersempena nama ibu Nabi Muhammad SAW. Dan selepas perbincangan kami putuskan untuk memilih nama Lyla Amina”

 

Membawa maksud hitam manis, jujur, dipercayai dan beriman, pasangan Awal dan Scha turut berkongsi akaun instagram khas untuk anak keduanya iaitu @lylaaminaa.

 

“Cantiknya nama Baby L…”

Rata-rata followers Awal mahupun Scha memuji nama yang diberikan buat anak kedua pasangan ini yang disifatkan sebagai classic yet modern.

 

 

Apapun, memang sedap nama yang dipilih oleh Awal, Scha dan Lara ni kan?

 

ARTIKEL BERKAITAN : Memang Copycat Lara Alana! Awal Ashaari & Scha Alyahya Kongsi Wajah Baby L

ARTIKEL BERKAITAN : “Welcome To The World Baby L” – Lara Alana Dah Jadi Kakak, Scha Alyahya & Awal Ashaari Sambut Kelahiran Baby Girl!

ARTIKEL BERKAITAN : “Darah Merata-Rata, Degupan Jantung Jadi Laju” – Awal Ashaari Cerita Pengalaman Kelahiran Anak Kedua

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 4 Sep 2020
Hiburan Tue, 7 Jan 2025
Trending Tue, 20 Aug 2019

#JomBantu Buat Kakitangan Utusan Malaysia

Tiada lagi cetakkan akhbar mulai Rabu ini hingga tarikh baru di kongsikan

Hiburan Wed, 31 Jan 2024

Pengsan Akibat Vertigo, Fizo Omar Sahkan Punca Selepas Menjalani MRI

Allahu risaunya nasib bukan masa drive ke, pegang anak ke

Hiburan Tue, 28 Oct 2025
Trending Thu, 2 Jul 2020
Trending Fri, 7 Aug 2020
Trending Sat, 16 Jun 2018

Tun Mahatir Got a Massive Shock After Stepping into Putrajaya

There were shredded documents and locked out computers all over!

error: Content is protected !!