Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd March 25, 2021 @ 6:44pm

Lebih 7,000 Permohonan PKS Diluluskan

Sebanyak 7,205 permohonan telah diluluskan
bawah skim pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) setakat 13 Mac lalu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keutamaan diberikan kepada PKS yang belum pernah mendapat pinjaman daripada bank sebelum ini dengan peruntukkan sebanyak 2 bilion di bawah program ini.

Dalam pada itu, katanya seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja telah menerima manfaat daripada Program Subsidi Upah (PSU) di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Penjana sehingga 26 Februari, iaitu tarikh tutup PSU 1.0.

“Setakat 12 Mac lalu, permohonan subsidi upah yang diluluskan telah mencapai nilai RM12.84 bilion,”katanya.

Tambah beliau, sejumlah RM1.094 bilion telah disalurkan di bawah Program Subsidi Upah 2.p kepada 72,531 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian 619,821 pekerja setakat 12 Mac.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 2 Jul 2025
Trending Thu, 10 May 2018

Tun M Diisytihar Perdana Menteri Ke- 7

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang berusia 92 tahun itu kembali dipilih untuk menyandang jawatan tertinggi pentadbiran negara buat kali kedua.

Eat Travel Mon, 24 Sep 2018
Featured Wed, 4 Dec 2024

Aedy Ashraf Bangga Dapat Bawa Dialek Kelantan – “Tiba Masanya Cerita Pada Malaysia Tentang Asal Usul Saya”

walaupun lahir di Kelantan dan membesar dibanyak tempat, itu tidak menjadi masalah untuknya bertutur dalam loghat tersebut.

Featured Mon, 25 Jun 2018

Jangan ambil enteng depresi ibu bekerja, rawat sebelum mudarat

Bayangkan, seorang suri rumah pun tidak henti-henti tugasan di rumah, inikan pula ibu yang bekerja.

error: Content is protected !!