Euforia Bola 2026
Trending By: Padin March 28, 2021 @ 3:50am

Dijalankan Penuh Meriah Semalam, Hari Sukan Maya Pertama Malaysia Bersambung Hari Ini!

Buat kali pertama diadakan di Malaysia, hari sukan maya pertama Malaysia, Pesta Game yang dikuasakan oleh Samsung Galaxy A52 | A72 menyaksikan para pencipta kandungan YouTube bertanding untuk meraih kemenangan bagi rumah sukan masing-masing.

Kemeriahan yang berlangsung semalam, 27 Mac (Sabtu) bakal diteruskan pada hari ini, 28 Mac (Ahad)!

Acara anjuran YouTube bersama rakan-rakan acara MyGameOn dan IGN Southeast Asia ini pada asalnya telah ditunda bagi memastikan kesihatan dan keselamatan para pencipta, rakan-rakan acara dan semua yang terlibat dijaga ketika pandemik.

Acara pertama dari siri acara YouTube Super Streams yang akan dianjurkan sepanjang 2021, Pesta Game disiarkan dalam Bahasa Malaysia secara serentak merentasi lapan saluran YouTube terbesar Malaysia seperti saluran-saluran TV3, TV9, Drama Sangat dan Hot TV oleh Media Prima, sehingga ke saluran individu pencipta kandungan yang mengambil bahagian iaitu Cikidot, ‘vlogger’ gaya hidup Dumpling Soda, pakar gajet Fuzz Channel dan selebriti mukbang Isaac Osman.

“Kami berasa gembira dengan talian hayat yang telah diberikan kepada Pesta Game untuk diteruskan.

“Kami sememangnya membayangkan acara ini sebagai sebuah cara untuk kita semua meluangkan masa bersama secara selamat dari kediaman masing-masing.

“Siaran langsung permainan video bersama para pencipta kandungan YouTube kegemaran Malaysia merentasi peranti mudah alih, komputer dan TV terhubung merupakan cara yang terbaik untuk berbuat sedemikian. Hari sukan mesti diteruskan,” kata Ben Jern selaku Ketua YouTube Malaysia.

Acara dua hari ini bukan sahaja menawarkan siaran penuh aksi untuk ditonton dan para penonton juga berpeluang untuk menyertai pencipta kandungan kegemaran mereka secara langsung dalam permainan dan memenangi hadiah-hadiah menarik dari Samsung dan juga promosi-promosi eksklusif lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 28 Aug 2020
Featured Tue, 22 Oct 2024
Hiburan Thu, 6 Feb 2025
Hiburan Sat, 31 May 2025
Featured Fri, 31 Mar 2023
Featured Thu, 17 Mar 2022

Risiko Kematian Tinggi, Warga Emas Disaran Ambil Dos Penggalak – KJ

Suntikan booster perlu untuk mengurangkan simptom dan jangkitan Covid-19

Featured Tue, 9 Jun 2026

Ayda Jebat Dedah Suami Kena ‘Try’, Siap Terima Nota & Ajak Buat Business – “Sekarang Penyondol Bukan Perempuan Je, Lelaki Pun Boleh!”

Ayda Jebat menyorot perhatian ramai apabila berkongsi antara pengalaman yang sukar dilupakannya bersama suami, Nabil Mahir.

error: Content is protected !!