Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin March 29, 2021 @ 3:47pm

“Kalau Dah Ada Nanti Akan Diberitahu…”Konon Hamil Anak Pertama, Mira Filzah Akui Netizen Memang Laju ‘Buat’ Kerja

Pelakon yang popular menerusi drama rantaian Pujaan Hati Kanda ini mengakui, selepas 6 bulan mendirikan rumahtangga bersama suami, Wan Emir Astar, rezeki beliau semakin murah termasuklah mendapat pelbagai tawaran berlakon dan menjadi duta beberapa jenama.

Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 28, mengakui status perkahwinan tidak menghalang beliau untuk terus bekerja dan terlibat dalam penggambaran memandangkan suaminya sangat memahami dan sentiasa memberi sokongan terhadap karier beliau.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Masih terlibat dengan shooting dan photoshoot. Emir pun sangat memahami. Alhamdulillah.”

                                                                                               Sumber : Instagram @mfmirafilzah

Menolak stigma kononnya populariti artis wanita yang sudah berkahwin akan jatuh merudum, Mira bagaimanapun beranggapan ianya salah sama sekali kerana, ramai sahaja artis wanita di Malaysia yang bergelar isteri mampu memberikan impak terhadap lakonan mereka sehingga menjadi buah mulut penonton drama tempatan.

“Tidak kisah status perempuan itu yang bergelar isteri atau ibu, pasti boleh sahaja melonjak namanya atau murah rezekinya selepas berkahwin sebagai contoh, Amira Rosli yang baru sahaja habis pantang Anaqi come up dengan drama Nur. Dan, Nad Zainal yang tengah sarat mengandung anak kedua mencuri perhatian netizen apabila wataknya dalam drama Takdir Yang Tertulis still drama tu meletup” 
“Kesimpulannya, bagi Mira it’s all about rezeki, kalau you ada usaha untuk terus bekerja insyaAllah semuanya akan okay”

 

Netizen teka Mira Filzah kini hamil

Sumber : Instagram @mfmirafilzah

Kalau sebelum ini netizen pernah ‘mengusik’ Mira kononnya terlihat baby bump pada gambar yang dimuat naik beliau menerusi akaun instagram miliknya. Bagaimanapun, Mira menjelaskan bahawa gambar tersebut mungkin disebabkan angle dan kedudukan baju tersebut.

“Biasalah soalan tu, Mira rasa disebabkan satu gambar je, angle kot dan baju tu Mira tuck-in. Netizen pula laju…Tapi insyaAllah, kalau ada nanti mira akan bagitahu…”

Namun, Mira berharap jika benar ‘ada’ beliau dan suami akan memaklumkan kepada semua peminat yang sentiasa menyokong kerjaya seni beliau.

Sama-samalah kita doakan okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 28 Dec 2024

Pentas CSOIAM Minggu Kedua Lebih Hangat!  Yuna & Dayang Nurfaizah Bakal Buat Kejutan

Selain Yuna, dan Dayang Nurfaizah, Datuk Nash juga bakal membuat penampilan istimewa.

Trending Tue, 16 Oct 2018

Yay! Isteri Putera Harry, Meghan Markle Disahkan Mengandung!

Dia akan menjadi pewaris takhta Britain yang ke-7.

Featured Mon, 8 May 2023

Beli Rumah Jutaan Ringgit, Nabila Razali Akui Tahan Nafsu Berbelanja

Tahniah Bella! Cantik bethul rumah💖💖💖

Hiburan Thu, 5 Oct 2023

Siti Nordiana Akui Emosi Terganggu Kes Saman Lima Sekawan, Pilih Cari Ketenangan Di Masjid

Mestilah terganggu kan.. Semoga dipermudahkan urusan Siti Nordiana

Hiburan Fri, 29 Nov 2024
OMG Sun, 12 Jun 2022

“Melampau Sangat Ni” – Menari Aksi Twerk, Sabronzo Dolla Dikritik Netizen

Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo menerima kecaman netizen selepas melakukan aksi tarian yang dianggap tidak bersesuaian. Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh Sabronzo atau nama sebenar Sabrina Rusli, 27, wanita itu menari tarian ‘twerk’. @sabronzooooparty […]

Trending Sat, 31 Jul 2021

Santuni Golongan Asnaf, Bell Ngasri Bantu Ringankan Beban – “Mungkin Mereka Dah Lama Tak Makan Daging”

Pelakon dan pelawak Bell Ngasri memberi sokongan terhadap usaha mengagihkan daging korban kepada golongan memerlukan seperti golongan asnaf. Kata Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri, 41, menyantuni golongan asnaf melalui cara itu merupakan langkah murni […]

error: Content is protected !!