Euforia Bola 2026
Trending By: Padin March 31, 2021 @ 1:50pm

Sweet Sungguh! Harris Alif Hadiahkan Lagu Baru Buat Intan Ladyana

Baru saja mendirikan rumah tangga dengan cinta hatinya, aktres Intan Ladyana pada 5 Februari lalu, penyanyi, pelakon, dan pengacara Harris Alif, 22, pastinya kini diulit kebahagiaan.

Demi mengabadikan rasa cinta mendalamnya terhadap isteri, Harris tidak menunggu lama untuk tampil dengan lagu baharu berjudul Permaisuri.

Judulnya saja pun sudah cukup menggambarkan isi kandungan lagu ciptaan Archie Nasution ini.

Semestinya ia tidak lain sebuah curahan hati Harris terhadap kebahagiaan yang akhirnya dikecapi bersama wanita pilihannya.

Justeru, lagu Permaisuri dihasilkan sebagai simbolik tepat kepada gejolak cinta dalam hatinya sekarang.

Berbekalkan melodi yang cukup indah, cetusan rasa dalam lagu Permaisuri sememangnya terserlah ikhlas dan jujur. Alunan Harris terhadap bait-bait liriknya cukup dirasakan seolah-olah ditujukan tepat ke hati permaisurinya.

“Sebagaimana judulnya, lagu ini semestinya menceritakan mengenai seorang permaisuri, permaisuri yang bertakhta di hati saya.

“Lagu ini cukup bermakna buat saya apalagi kini sudah menemui sendiri permaisuri hati. Ya, saya akui lagu ini adalah terjemahan dedikasi cinta saya terhadap isteri.

“Sejak dari awal lagi, saya sudah beritahu komposer iaitu Archie bahawa lagu Permaisuri ini memang untuk diciptakan khas buat permaisuri hati saya (Intan Ladyana).

“Perasaan itu hadir seiring dengan emosi yang mengalir dalam diri sekali gus sangat membantu penghayatan jadi lebih berkesan,” katanya.

Menariknya lagu bercorak begini pastinya bakal menjadi pilihan ramai sebagai lagu perkahwinan khasnya.

Harris juga tidak menolak jika suatu hari nanti, Permaisuri menjadi lagu pilihan pasangan bercinta yang ingin melangkah ke alam perkahwinan.

Permaisuri boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube dan Youtube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 21 Jun 2024
Featured Tue, 17 Aug 2021

“Kalau Disebut Dalam Al-Quran, Saya Akan Padam..”- Izara Aisyah Rela Padam Media Sosial Jika Haram

Pelakon, Izara Aishah yang kini sudah tampil berhijrah mengakui dirinya bersedia untuk memadam akaun media sosial jika hukumnya haram. Jelas Izara lagi dia secara sukarela bersedia untuk memadam akaun sosial medianya jika terdapat hukum mengenai […]

Hiburan Tue, 1 Aug 2023

[VIDEO] Shikin Maembong Ucap Terima Kasih Pada Cat Farish Sudi Jaga Adik OKU – “Kami Duduk Satu Rumah”

Alahai sweet je kan 🥰 Syukurlah Shikin dapat Cat Farish sebagai suami.. seorang yang bertanggungjawab

Featured Thu, 4 Sep 2025
Featured Sat, 22 Oct 2022
Featured Thu, 8 Aug 2024
Featured Sat, 14 Jan 2023

Album Dayang Nurfaizah ‘Belagu II’ Bakal Dilancarkan 27 Januari

Penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah sudah bersedia untuk melancarkan album studio ke-10 iaitu Belagu II. Merupakan album sekuel kepada album Belagu yang dilancarkan pada tahun 2021 yang mana album tersebut menerima pelbagai reaksi positif malah diangkat sebagai penerima […]

Hiburan Thu, 1 Jun 2023
error: Content is protected !!