Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 11, 2021 @ 1:52am

Tamat Zaman Anak Dara Pada Usia 48 Tahun Dengan Lelaki British, Haliza Misbun Dapat Hantaran Sebuah Rumah

Aktres popular 1990-an, Haliza Misbun, 48, selamat bergelar isteri kepada duda anak satu yang juga lelaki warga British, Matthew John Rodgers, 48, dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Ar Rahah, Kerinchi, Kuala Lumpur kira kira jam 5.25 petang semalam.

Pasangan ini dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Cerai Masjid Ar Rahah, Kampung Kerinchi, Ustaz Mohd Lazim Khairudin dan berwalikan adik lelaki, Othman Misbun.

Pada majlis ringkas dan dan mematuhi prosedur operasi standard itu, Haliza menerima mas kahwin RM80 selain wang hantaran berupa sebuah rumah sebagai simbolik membina keluarga baru.

Haliza turut menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki.

“Syukur Alhamdulillah, ini perkahwinan pertama saya. Selama ini, saya sedar ada yang sangsi dengan status diri saya, ada juga yang menyangka saya sudah berkahwin.

“Tapi saya bersyukur segala yang dinantikan saya sudah hampir sempurna. Kehadirannya melengkapi kehidupan ini. Insya-Allah.

“Suami sudah menetap di sini sejak sembilan tahun lalu. Kami menjalin cinta selama empat tahun. Perkenalan bermula menerusi kawan.

“Pertemuan di sebuah restoran di Damansara Heights ketika keluar bersama kawan yang lain memutik rasa jatuh cinta. Selepas setahun rapat, dialah lelaki pertama yang saya berani bawa berjumpa keluarga.

“Sejujurnya, saya rasa yakin dengan kesungguhannya dan kami mula terbuka dalam pelbagai aspek. Pengalaman hidup masing masing mematangkan diri barangkali menjadi faktor keserasian itu mudah diperolehi,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 May 2025

Isu Dimarahi Guru, Sajat Tampil Pertahan Anak Saudara – “Jangan Tengking Macam Tu! Dia Dari Keluarga Tak Sempurna”

Warganet tidak bersetuju dengan tindakan guru berkenaan yang disifatkan sebagai pilih kasih.

Featured Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Sun, 25 Jan 2026
Featured Tue, 14 Sep 2021

Kerajaan Selangor Benarkan Majlis Akad Nikah Mulai Esok

Kerajaan Selangor bersetuju membenarkan pelaksanaan majlis akad nikah bertempat di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pejabat Agama Islam Daerah dan masjid mulai esok. Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi JAIS, majlis itu boleh dilangsungkan setiap […]

Trending Thu, 18 Aug 2022
error: Content is protected !!