Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd April 15, 2021 @ 7:12pm

Syabas! Ejen Ali The Movie Terpilih Mewakili Malaysia Ke Brazil

Filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie berjaya mencipta sejarah skali lagi apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Pertandingan Filem Animasi di Festival Fantaspoa 2021, di Brazil.

Pengarahnya, Usamah Zaid Yasin berkata, pencalonan itu semestinya cukup bermakna memandangkan ia datang dari sebuah festival berprestij.

“Kami berbesar hati atas peluang membawa filem sulung Ejen Ali the Movie ke penonton di Amerika Selatan dan pencalonan dalam kategori Pertandingan Filem Animasi di Fantaspoa.

“Terima kasih atas sokongan setia semua dan kami bersyukur kerana dapat mewakili negara untuk mengharumkan nama Malaysia,” katanya.

Festival yang memasuki edisi ke-17 penganjurannya itu berlangsung sejak 9 April lalu sehingga 18 April ini.

Menerusi kategori tersebut, Ejen Ali The Movie dicalonkan bersama lima filem lain dari serata dunia. Ia sekali gus menjadi tayangan perdana filem ini di rantau Amerika Selatan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 30 Dec 2019

Bangunan Perkeso Kota Bharu Diserang ‘Pengamuk’

Meminta untuk segera mengosongkan bangunan kerana ada serangan amukan

Trending Thu, 19 Jul 2018

「Oversize」这样穿超有型!

「网红在走,修图要有」网美、女神照已经落伍了,现在就是要搞怪又爆笑,才能在无聊的日常生活中增添一些乐趣啊!

Trending Thu, 4 Oct 2018

‘Sebelum Tulis Pakai Otak’, Lelaki Kena ‘Sekolah’ Netizen Lepas Kecam Wira Bomba

Semua berhak memberi peluang kedua ..saya pon rasa bersalah sangat ni Insya Allah lepas ni saya akan berhati-hati ketika komen…Hurm, lepasni sebelum menulis, fikir banyak kali ya!

Featured Tue, 7 Dec 2021

Geramnya! Tindakan Pemandu 4X4 Langgar Kera Hingga Mati Timbulkan Kemarahan Netizen

Seorang pemandu kenderaan jenis 4X4 berwarna putih dipercayai telah melanggar beberapa ekor kera sehingga ada yang mati di sebuah jalan di kawasan perumahan Taman Majupadu, Kluang, Johor. Kejadian ini dikongsikan menerusi video yang dimuat naik […]

Featured Tue, 21 Feb 2023
Featured Sat, 28 Jun 2025

“Ini Bukan Beban, Tapi Bimbingan”- Syed Saddiq

Syed Saddiq mohon diberikan ruang dan masa untuk bersama keluarganya.

error: Content is protected !!