Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd April 20, 2021 @ 5:20pm

Ismail Sabri Nafi KKM Manipulasi Data Covid-19, Amaran Buat Penyebar Berita Palsu

Semakin ketat syarat rentas negeri yang dikenakan kerajaan, semakin banyak timbul khabar angin yang tidak sahih berkaitan data Covid-19.

Isu ini kemudian telah mendapat respon Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang tegas memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan di media sosial.

“Menguar-uarkan cerita tidak betul boleh diambil tindakan oleh polis. Buat berita palsu dan tidak benar adalah salah dan boleh diambil tindakan.

“Lagipun apa untungnya kepada mereka yang tiba-tiba bercakap dan buat ‘posting’ mengatakan nombor itu tak betul dan sengaja diadakan? Apa untungnya kepada yang buat berita itu?”

Tambah beliau,KKM tidak mempunyai sebarang sebab untuk memanipulasi data harian kes positif COVID-19 kerana ia diperoleh melalui sistem maklumat dan kesihatan awam daripada setiap negeri pada jam 12 tengah hari setiap hari.

“Kalau boleh kita nak kosong, lagi baik dan senang kerja kita, selesai. Tapi kes meningkat semula dan ini tak berlaku di Malaysia saja, tapi di seluruh dunia,” ujarnya.

Sumber : Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Dec 2022
Featured Thu, 13 Oct 2022
Featured Fri, 10 Jun 2022

Thailand Mula Benarkan Tanam Pokok Ganja Di Rumah, Namun…

Kalau Malaysia ‘halalkan’ tanam ganja macam Thailand, apa pendapat korang? 🤔

Selebriti Tue, 19 Sep 2023
Hiburan Thu, 3 Jul 2025

“‘Flex Barang Palsu, Jeling Orang” – Izara Aishah Dakwa Influencer Bersikap Sombong

Izara Aishah berang influencer sombong ‘flex’ barang mewah palsu

Trending Mon, 25 Jun 2018

Pergi Tak Kembali, Pengasas Kuih Keria Antarabangsa Meninggal Dunia

Menurut anaknya, Hajah Rahmah sudah lama tidak terlibat secara langsung dalam perniagaan kuih keria ekoran masalah kesihatan, namun masih memantaunya. 

error: Content is protected !!