Euforia Bola 2026
Trending By: Padin April 21, 2021 @ 9:58am

Ibu, Bapa & 4 Anggota Keluarga Deen Hot FM Positif Covid-19

Ibu bapa dan empat anggota keluarga penyampai radio Hot FM, Deen disahkan positif Covid-19.

Menurut Deen atau nama sebenarnya, Nordin Madian, 33, ahli keluarganya yang tinggal di Miri, Sarawak kini sedang mendapat rawatan.

“Saya baru tahu berita ini kelmarin. Pada awalnya, adik perempuan saya yang didapati positif Covid-19 pada Khamis minggu lepas. Dia tinggal bersama keluarga di kampung.

“Atas sebab itu, seluruh ahli keluarga saya yang lain turut sama-sama menjalani ujian saringan pada Sabtu lepas. Apabila keputusan keluar kelmarin, ibu, bapa, kakak, adik bongsu dan seorang anak saudara saya turut dijangkiti Covid-19.

“Saya risaukan ibu dan bapa saya. Mereka tidak bergejala tetapi positif. Mereka dipindahkan ke pusat kuarantin di sana dan saya sendiri berharap agar segalanya dipermudahkan,” katanya kepada Xtra.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by deen (@deen_hotfm)

Dalam pada itu, Deen turut memohon doa orang ramai supaya ahli keluarganya lekas sembuh.

“Setakat ini, semuanya dalam keadaan terkawal tetapi sebagai ahli keluarga, pastinya saya risaukan mereka. Saya mohon semua kenalan serta orang ramai mendoakan ahli keluarga saya baik-baik sahaja dan cepat sihat,” katanya lagi.

Deen mengendalikan segmen Jam Hot bersama Haziq dan Fad pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 4 petang hingga 8 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 6 May 2020
Trending Tue, 27 Oct 2020

Akad Nikah Di KL, Putrajaya Dibenarkan Mulai Hari Ini

Buat mereka yang di zon hijau dan kuning je tau!

Trending Sun, 6 Dec 2020
Featured Wed, 1 Oct 2025
Hiburan Mon, 14 Apr 2025

Green Day Gegar Coachella Dengan Lirik Pedih Tentang Kanak-Kanak Palestin

Green Day tukar lirik, menyuarakan solidariti mereka terhadap Palestin

Featured Fri, 30 Aug 2024
Hiburan Thu, 18 Aug 2022
Trending Fri, 15 Apr 2022
error: Content is protected !!