Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 14, 2025 @ 7:51pm

Green Day Gegar Coachella Dengan Lirik Pedih Tentang Kanak-Kanak Palestin

Kumpulan penyanyi popular antarabangsa, Green Day sekali lagi membuktikan muzik mereka bukan sekadar hiburan, ia juga medium perjuangan.

Di pentas gah Coachella, Sabtu lalu, band punk rock lagenda ini menyuarakan solidariti mereka terhadap Palestin dengan cara yang cukup berani dan menyentuh hati.

Dalam sebuah video yang kini tular, vokalis utama Billie Joe Armstrong mengejutkan ramai apabila mengubah lirik lagu Jesus of Suburbia, dari album ikonik American Idiot, untuk menyentuh penderitaan kanak-kanak Palestin.

Daripada baris asal, ‘Runnin’ away from pain when you’ve been victimized’ Billie menyanyi, “Runnin’ away from pain like the kids from Palestine, tales from another broken home’.

Lirik penuh emosi itu serta-merta mencetuskan sorakan hangat daripada ribuan penonton sebagai tanda sokongan terhadap mesej kemanusiaan yang disampaikan secara lantang di pentas global.

Ini bukan kali pertama Green Day menunjukkan pendirian mereka, malah pada konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil Februari lalu, Billie turut mengangkat tinggi bendera Palestin yang diberikan oleh peminat, mencetuskan detik penuh simbolik yang menjadi bualan ramai.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Mar 2018

Lagu Baru Zizi Kirana, Dilabel Lagu Sampah!

Lagu yang mendapat kerjasama penyanyi hip hop Waris ini ternyata berlainan sama sekali jika dibandingkan dengan lagu yang terdapat pada single pertama beliau iaitu, Boleh Jalan

Trending Wed, 2 Oct 2024
Hiburan Fri, 20 Sep 2019

Stail Hijab Makin ‘Wow’, Neelofa Curi Tumpuan Dunia!

Saya tahu, jika saya mengenakan tudung dengan gaya normal, saya sukar diterima di sana. Atas sebab itu…

Featured Tue, 18 Oct 2022
Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Kahwin Dengan Zara Zya? Tak Mungkin Tahun Ini

Saya tak pernah nampak sisi sebegitu pada dirinya. Saya tak pernah bertanyakan hal ini pada dia kerana jika soalan begitu diajukan, bermakna saya percaya orang luar berbanding kekasih sendiri.

error: Content is protected !!