Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 18, 2024 @ 1:12pm

“Jangan Ganggu Saya!” – Berang Bentuk Loket Dipertikai, Amelia Henderson Bidas Netizen

Pelakon jelita, Amelia Henderson meluahkan rasa berang apabila loket rantai dipakainya dikatakan menyerupai bentuk salib.

Perbalahan dalam kalangan netizen mengenai rantai tersebut mula tercetus di platform X sehingga telah meraih perhatian aktres jelita ini.

“Saya sebenarnya tak nak bincangkan hal ini, tetapi saya rasa sangat marah.

“Saya tak faham.. banyak lagi perkara buruk lain terjadi di dunia kita sekarang, sebaliknya orang ramai bising dengan rantai?

“Tak malu ke? Jangan ganggu saya!,” tulisnya.

Amelia Henderson

Amelia membidas segelintir netizen menerusi ciapan tersebut di platform X pada Rabu.

Menerusi ciapan itu, Amelia membalas semula paparan video dimuat naik oleh individu memaparkan dirinya bersama kekasih hati, aktor Aedy Ashraf menggunakan filter lucu di TikTok.

Namun begitu, rata-rata netizen tertumpu kepada bentuk rantai Amelia itu.

Ruangan komen video tersebut dibanjiri dengan kritikan netizen mendakwa Amelia memakai rantai loket salib, sebaliknya ia merupakan loket ballerina.

@ameliath

ur last two brain cells @Aedy Ashraf

♬ original sound – yes this is amelia 🙄😂 – yes this is amelia 🙄😂

Artikel Berkaitan: Peribadi Baik Punca Aedy Ashraf Pilih Amelia Henderson, Akui Lebih Tenang & Selamat

Artikel Berkaitan: Selalu Gaduh Manja Fikir Nak Makan Mana… Aedy Ashraf Kongsi Cara Pujuk Amelia Henderson

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 30 Jun 2024
Trending Sun, 22 Sep 2019

Pesawat Tiba-Tiba Menjunam Dari Ketinggian 30,000 Kaki

Tak dapat bayangkan betapa cemasnya jika berada didalam situasi sebegini

Trending Mon, 18 Sep 2023
Trending Thu, 4 Jun 2020

Tindakan ‘unik’ Malaysia Ini berjaya bendung COVID-19

Tahniah buat seluruh rakyat Malaysia!

Featured Sun, 24 Apr 2022
Hiburan Fri, 30 Jan 2026

Dikecam Bertubi-Tubi, Mia Sara Akui Minta Pertolongan Kasih Iris Leona – “Dia Sangat Baik”

Mia berkata, dia turut bertanya kepada Leona mengenai cara berdepan kecaman

Trending Tue, 29 Dec 2020
error: Content is protected !!