Euforia Bola 2026
Trending By: Fatin Nurain September 18, 2023 @ 5:42pm

“Kalau Boleh Cepat Sikit Hantar Saman Tu” – Caprice

Penyanyi rap dan aktivis Caprice tampil menyeru pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew untuk menghantar surat saman secepat mungkin selepas mendakwa dirinya telah difitnah.

Terdahulu, Ebit Lew memaklumkan dirinya telah pun membuat laporan polis demi mempertahankan dirinya selepas pelbagai spekulasi yang timbul membabitkan fitnah yang tular di media sosial, kebelakangan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Melakukan Perbuatan Jijik Terhadap Mondy Tattoo, Ebit Lew Buat Laporan Polis

ARTIKEL BERKAITAN: Niat Tubuh Munafik Hunters Dipertikai, Netizen Label Caprice Sengaja Buka Ruang Sebar Aib Masyarakat

Menyedari perkara itu, Caprice tampil bersuara dan terus membela nasib Mondy Tattoo yang mendakwa dirinya merupakan mangsa gangguan seksual pendakwah bebas itu.

“Salam @ebitlew kalau boleh cepat sikit hantar saman tu. Supaya pihak Mondy boleh saman balik sekali dengan bukti. InsyaAllah,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, Caprice turut berkongsi sedikit imbasan sesi wawancara yang dijalankan bersama Mondy.

Menurut Mondy, setiap pendedahan yang dibuat dalam wawancara itu adalah benar dan dirinya yakin suatu hari nanti kebenarannya akan terbukti suatu hari nanti.

“Ini bukan fitnah. Ini bukan omong kosong, tapi satu saat nanti terbukti dan ada tempatnya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 Sep 2023
Hiburan Tue, 12 May 2026

“Perkara Itu Bukan Satu Perlumbaan” – Tak Kejar Gelaran ‘Raja Rock’, Amy Search Mahu Terus Ikhlas Dalam Berkarya

Amy Search mengakui tidak memandang gelaran ‘Raja Rock Negara’, sebaliknya lebih mengutamakan keikhlasan dan kejujuran dalam berkarya. 

Featured Mon, 10 Jul 2023

“Nak Kurus Kena Usaha, Bukan Tabur Fitnah”- Hafiz Suip

Kesian Hafiz tak pasal-pasal kena fitnah🥴

Hiburan Tue, 25 Oct 2022

Impian Syamel & Ernie Zakri Tercapai Di Konsert Aku Cinta

Konsert Aku Cinta Syamel Ernie memang terbaik

Featured Thu, 25 May 2023
Featured Thu, 23 Apr 2026

“Duit Tu Untuk Fakir Miskin Kau Sakau Apa Hal” – Aliff Syukri

Aliff Syukri menyatakan kemarahannya mengenai penyelewengan dana zakat berjumlah ratusan ribu ringgit babitkan NGO

Featured Mon, 28 Jun 2021

KWSP Perkenal i-CITRA, Permohonan Pengeluaran RM5,000 Kepada Semua Pencarum Bermula 15 Julai

Menerusi perutusan PEMULIH oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini mengumumkan KWSP bakal memperkenalkan i-CITRA yang menetapkan kadar bayaran RM1,000 untuk tempoh 5 bulan kepada rakyat. “KWSP perkenal i-Citra, menerusi i-Citra, seramai […]

error: Content is protected !!