Trending By: Padin April 21, 2021 @ 10:41am

“Awalnya Rasa Kekok” – Lerai Salah Faham, Hafiz Hamidun Kongsi Detik Bersemuka Dengan Nabila Razali

Penyanyi dan penerbit muzik, Hafiz Hamidun menceritakan detik pertemuannya dengan penyanyi Nabila Razali.

Nama Hafiz dikaitkan dengan Nabila selepas tweet Hafiz didakwa mengkritik persembahan Nabila di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) menjadi tular di laman sosial.

“Saya bertemu Nabila di sebuah rakaman program istimewa sempena Syawal. Awalnya, saya akui ada rasa kekok sedikit, tetapi saya sendiri yang memulakan perbualan.

“Saya katakan kepada Nabila, sama ada dia bersetuju atau tidak dengan apa yang saya kongsikan di Twitter, saya minta maaf jika dia ada terasa atau terguris hati.

“Nabila pun beritahu dia sudah memaafkan apa yang terjadi. Bukan sahaja memaafkan saya, malah dengan orang lain juga. Setakat ini, kita berakhir dalam satu keadaan yang elok, semuanya baik-baik sahaja.

“Nabila pun tidak menjadikan isu ini sebagai satu alasan tak mahu bertegur sapa dengan saya. Saya maklumkan kepada Nabila bahawa saya sendiri langsung tidak mempunyai niat untuk mencaci atau menghina.

“Ketika itu, saya cuma memberikan komen sebagai peminat lagu terbabit. Saya rasa lega dan bersyukur kerana semua isu sudah terlerai. Saya tak mahu ia berpanjangan,” katanya.

Hafiz ditemui pada majlis penyerahan sumbangan kepada penduduk di Dataran PPR Pantai Ria, Kerinci anjaran Yayasan Maghfirah baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Hafiz kini bertindak selaku duta program Raikan Ramadan anjuran yayasan terbabit.

Dalam acara yang sama, pelakon Syatilla Melvin turun sama turun padang menjayakan program ini.

“Ini tahun kedua saya terlibat dengan program sebegini. Bulan Ramadan saya memang khususkan untuk menyertai program anjuran yayasan ini kerana mereka mempunyai keistimewaan tersendiri dan memberikan Pek Ramadan dan Pek Raya serta kit untuk mencegah Covid-19.

“Selalunya orang memberikan bantuan terhadap gelandangan, masjid dan sebagainya, tetapi yayasan ini menumpukan perhatian terhadap golongan miskin bandar serta mereka yang hidup dengan HIV (PLHIV). Selepas ini, banyak lokasi lagi yang akan kami singgah,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 18 Jul 2023

“Pentingnya Guna Tanda Baca” – Terkejut Bila Ditanya Tips Memikat Lelaki, Ini Respons Syifa Melvin

Haa, ingat tu pentingnya tanda baca, kang lain pulak jadinya🤣🤣🤣

Trending Mon, 12 Apr 2021
Trending Tue, 27 Jul 2021

“Kami Serahkan Semuanya Kepada Allah…” – Sarat Hamil 7 Bulan, Siti Sarah & Keluarga Positif Covid-19

Penyanyi dan usahawan Siti Sarah Raissuddin, 37, berkongsi khabar duka dia dan suami, pelawak Shuib, 37, serta anak-anak mereka, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif Covid-19. Pelantun lagu […]

Trending Wed, 9 Dec 2020
#LaguXTRA Thu, 20 Jul 2023