Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 22, 2021 @ 5:00pm

Jualan Sambal Nyet Cecah RM1 Juta, Ramai Bangga Dengan Pencapaian Khairul Aming!

Menjadikan pembuka bicara ‘Hey, What’s up guys’  sebagai taglinenya, siapa sangka anak muda ini berjaya mengutip jualan sebanyak RM1 juta menerusi produk sambalnya yang dipanggil sebagai Sambal Nyet.

Jangka masa tiga bulan bukanlah satu tempoh masa yang lama untuk menjadikan Sambal Nyet keluaran selebriti media sosial ini digilai ramai memandangkan jualannya sahaja akan habis dalam masa beberapa saat.

Berkongsi mengenai pendapatan dan cabaran sepanjang mengeluarkan produk makanan jenamanya sendiri, Khairul Aming dilihat tidak lokek untuk bercerita mengenai pengalamannya selepas tiga bulan terlibat dalam mengeluarkan produk makanannya menerusi thread di laman Twitter miliknya.

“I have sacrificed a lot…”

Benarlah bagai dikata, bukan senang nak senang, tapi itulah kenyataan yang dihadapi oleh sosok anak muda yang sering menjadi inspirasi ini dengan teknik masakannya yang mudah dan senang.

Selepas tiga bulan, jumlah yang berjaya diperolehi hasil menjual Sambal Nyet adalah sebanyak RM1 Juta dan boleh dikatakan ini adalah satu angka yang besar jika dilihat mengikut perkiraan kasar. Malah jika dikira pendapatan setiap bulan beliau berjaya mengumpul sebanyak RM333k++.

Target keluarkan 100k botol selepas ini

Tidak habis disitu, Khairul Aming juga berdepan dengan masalah yang dihadapi dalam perniagaan termasuklah terpaksa membuang 3,000 botol sambal yang rosak dan basi.

Bagaimanapun, isu ini tidak akan mematahkan semangat beliau untuk menangani masalah tersebut kerana beliau kini akan memaksimumkan pengeluaran kepada 100,000 botol bermula April 2021 dengan adanya gudang baharu yang kini telahpun beroperasi sepenuhnya.

Malah, segala komen yang diberikan oleh pelanggan akan diperbaiki termasuklah menaik taraf rasa sambal sesuai dengan citarasa pelanggannya. Ingat, yang penting selepas ini sambal lebih kick.

Banyak improvement kena buat…

Walaupun jualan sudah mencapai RM1 juta dalam masa yang agak singkat, Khairul Aming mengakui masih banyak yang perlu diperbaiki. Termasuklah pelbagai aspek antaranya, keadaan gudang yang perlu dibaiki, penggunaan lebih banyak mesin, kakitangan dan banyak lagi.

Jika di tinjau menerusi aplikasi Shopee, Khairulamingbrand telah berjaya menjual hampir 73 ribu botol sejak ianya dilancarkan pada awal Januari lalu.

Selain itu, beliau juga sempat berkongsi perancangan masa depan untuk mencapai jumlah jualan sebanyak RM5-7 juta bagi tahun ini sebelum mula mengedarkan produk keluarannya itu di kedai-kedai runcit dan sebagainya.

 

Dalam pada itu, beliau sempat mengucapkan jutaan terima kasih buat peminat yang sentiasa menyokong beliau selama ini dan kejayaan ini ditujukan buat kedua ibu bapanya yang sentiasa percaya dengan keinginanya ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 16 Aug 2024
Featured Wed, 30 Nov 2022
Trending Sat, 21 Apr 2018

Zul Ariffin Kongsi Gambar ‘Anu’ Di Instagram?

Pelakon yang tak habis-habis dengan kontroversi ini akhirnya sekali lagi bakal diajukan soalan-soalan panas apabila telah berkongsi gambar kemaluannya di instagram

Hiburan Fri, 7 Nov 2025

Gara-Gara Trend ‘Jamilah’, Netizen ‘Kenenkan’ Zara Zya & Que Haidar… Ini Respons Empunya Badan – “Kadang Kala Agak Menekan, Tapi…”

Zara Zya tidak ambil hati dengan gurauan peminat, namun mengakui situasi itu memberi sedikit tekanan

Trending Thu, 27 Jun 2019

Pertama Di Malaysia, Hotel Ini Jamin Penginapan Penuh 26 Jam!

Nak bercuti tapi tak tahu nak check in kat mana? Jom tengok hotel apa sesuai untuk korang!

Featured Tue, 5 May 2026

“Mohon Maaf Dunia Akhirat Tak Dapat Jumpa Abang”- Noorkhiriah Sifatkan Arwah Jalil Hamid Insan Yang Terlalu Baik

Noorkhiriah yang menyifatkan arwah sebagai seorang insan yang terlalu baik.

Kes Mahkamah Wed, 6 Dec 2023
Featured Thu, 15 Jul 2021

Bayaran RM500 One Off PEMERKASA Plus Dibayar Mulai…

Menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), bayaran bagi penerima bantuan Pemerkasa Tambahan kategori servis pengangkutan awam akan dibayar bermula  27 Julai ini. Menerusi kenyataan yang dikemukakan oleh agensi itu, tarikh pembayaran dipinda daripada perancangan terdahulu […]

error: Content is protected !!