Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 23, 2021 @ 4:56pm

Mulut Terasa Kebas Asbab Kemalangan, Fedtri Yahya Kongsi ‘Sakit’ Ini Tiada Rawatan

Kelunakan suara pengacara, personaliti televisyen dan penulis lirik ini bagaikan sudah sebati bersama program paling ditunggu-tunggu sepanjang Ramadan, Jejak Rasul.

Namun, siapa sangka sosok ini sebenarnya berdepan pelbagai cabaran ketika menjalani penggambaran Jejak Rasul – Ulama Pewaris Rasul termasuklah keadaan dirinya sendiri yang kurang sihat asbab dari kemalangan yang menimpa dirinya pada 16 September 2020.

” Ya, ini kali pertama saya hosting dalam keadaan yang tidak berapa sihat asbab dari kemalangan lalu”

Menurut Fedtri Yahya atau nama sebenarnya Ahmad Fedtri Yahya, 39, tiada rawatan khusus untuk menangani sakit yang dialami terutamanya dibahagian mulut sehingga menyebabkan beliau sukar untuk menyebut perkataan seperti biasa selain mulut terasa kebas.

“Tiada rawatan. Tapi itulah, ianya akan mengambil selama satu tahun untuk tahu ianya kekal atau tidak” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN : Fedtri Yahya Terbabit Kemalangan, Isteri Mohon Doa Suami Lekas Sembuh

Selain itu, Fedtri juga sempat berkongsi pengalaman penggambaran Jejak Rasul – Ulama Pewaris Rasul kali ini menuntutnya untuk menghafal skrip mahupun fakta yang tepat dalam masa yang singkat. Sehinggakan beliau hanya dibenarkan untuk membuat 1 hingga 2 take sahaja memandangkan prosedur operasi standard (SOP) sesuatu tempat atau lokasi perlu dipatuhi.

Malah, sebagai pengacara beliau kena membuat penyelidikan bagi sesuatu lokasi dan proses suntingan pula akan mengambil masa selama dua minggu sahaja memandangkan ianya mengambil kira proses kuarantin dan sebagainya.

Respon positif dari golongan muda

Tambahnya lagi, program Jejak Rasul kali ini begitu mendapat sambutan dan respon yang positif terutamanya dari golongan anak muda. Malah respon paling banyak diterima adalah dari Indonesia.

“Saya sangat gembira. Respon paling banyak diterima adalah dari negara seberang, Indonesia. Dan paling seronok sebab ramai budak muda yang nak tahu pasal Jejak Rasul kali ini”

Memasuki tahun ke 27 penyiarannya, tidak hairanlah sekiranya program Jejak Rasul – Ulama Pewaris Rasul ini telahpun mengutip 2.2 juta tontonan setakat ini.

#Jejakrasulchallenge tarik perhatian

Ketika xtra membuat tinjauan menerusi akaun instagram milik Fedtri Yahya, ramai followers mahupun selebriti dilihat terlibat mengikuti #jejakrasulchallenge.

Yang paling menarik, Mark Adam pun tidak melepaskan peluang untuk menyahut cabaran ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Arjalee®️ (@arjalee)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZWAN HASSAN (@zwanhassan)

Wow, menarik juga #jejakrasulchallenge ni kan. Korang yang berminat boleh sertai okay! Dan jangan lupa untuk saksikan Jejak Rasul – Ulama Pewaris Rasul pada setiap Jumaat hingga Ahad, jam 6.30 petang hanya di TV3.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 9 Apr 2022
Hiburan Tue, 12 Sep 2023
Trending Mon, 6 Jul 2020
Hiburan Fri, 20 Oct 2023

“Noorkhiriah Orang Pertama Bagi Saya Tudung Untuk Berhijrah” – Ieda Moin

Allahu bestnya ada kawan yang selalu support hijrah kita

Hiburan Sun, 5 Nov 2023

Bapa Terlantar Bukan Alasan Fimie Don Menghilang Dalam Industri – “Saya Perlu Profesional…”

Kagum betul dengan Fimie! Tetap jaga ayah walau sibuk kerja😭✨ Semoga ayah cepat sembuh Aamin🤲🏻

Hiburan Fri, 11 Jul 2025

“Kalau Leona Pakai Tudung Esok, Dia Terus Dapat Pahala” – Azhar Sulaiman

Azhar Sulaiman tak setuju konsep ‘tak apa, nanti dulu’.

error: Content is protected !!