Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin April 26, 2021 @ 1:01pm

‘Sampai Jumpa’ Nyanyian Akhir Kru KRI Nanggala 402 Undang Sebak!

Sebelum dilaporkan hilang pada 21 April lalu, tular sebuah video berdurasi 22 saat yang merakamkan kru kapal KRI Nanggala 402 berkumpul sambil menyanyikan lagu Sampai Jumpa nyanyian Endank Soekamti yang pastinya meruntun hati bukan sahaja orang ramai malah ahli keluarga yang terlibat.

Jika diamati semula bait-bait lagu Sampai Jumpa, ianya seakan-akan memberitahu bahawa itulah pesanan terakhir kru kapal Nanggala 402 kepada insan tersayang yang bakal ditinggalkan.

Malah, penyanyi asal lagu tersebut juga turut berkongsi momen-momen terakhir kru kapal menyanyikan lagu tersebut menerusi akaun instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erix Soekamti (@erixsoekamti)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Erix Soekamti (@erixsoekamti)

Video berkenaan juga dipercayai diambil didalam kabin kapal berkenaan berikutan paparan tanda yang tertulis KRI Nanggala-402 di video tersebut.

Rata-rata rakyat seluruh Indonesia mahupun Malaysia dan Singapura turut berduka diatas pemergian 53 kru kapal Nanggala-402 yang diisytiharkan terkorban selepas pelbagai penemuan diperolehi pada Ahad.

Terbaharu, Majlis Ulama Indonesia (MUI) dalam satu kenyataannya memohon agar umat Islam seluruhnya mengadakan solat ghaib secara sendirian atau berjemaah untuk anak kapal selam tentera negara itu yang disahkan terkorban.

Untuk makluman, KRI Nanggala 402 disahkan hilang kira-kira 95 kilometer ke Utara Bali selepas isyarat kapal tersebut tidak dapat dikesan seawal jam 4.25 pagi pada Rabu sebaik sahaja menyelesaikan latihan torpedo dan dimaklumkan, bekalan oksigen juga hanya mampu bertahan selama 72 jam pada kedalaman 750 meter di dasar laut.

Sumber : Harian Metro, Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 13 Jul 2021
Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Hiburan Tue, 2 Jul 2024
Featured Sat, 28 Jun 2025
Trending Wed, 24 Jun 2020
Featured Thu, 4 Sep 2025

Siti Nurhaliza Bersolidariti, Sertai Gerakan Penghantaran Makanan Buat Rakyat Indonesia 

“Malaysia dengan Indonesia ni seperti adik-beradik. Kalau cubit peha kiri, peha kanan pun terasa juga”. Demikian respons Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berhubung krisis yang berlaku di negara jiran, Indonesia. Kata Siti atau nama […]

error: Content is protected !!