Euforia Bola 2026
Trending By: Padin May 5, 2021 @ 4:48pm

Nak Menang Wang Tunai Serta Percutian Di SCAPES Hotel Genting Highlands? Jom Sertai Pertandingan Pantun LBS!

Pantun adalah salah satu kebanggaan orang Melayu yang mempunyai nilai puitis yang sangat tinggi.

Ia digunakan sebagai tujuan komunikasi dan menjadi bentuk kiasan kepada sesuatu perkara.

Nak berpantun ni memerlukan kreativiti yang tinggi tau. Bukan senang nak atur-atur ayat tu dan berpantun juga merupakan kelebihan yang tak semua orang ada!

Kalau anda ada kelebihan ini, jom sertai pertandingan berpantun dari LBS ni, boleh menang hadiah best tau!

Balas Pantun dan menangi wang tunai serta percutian di SCAPES Hotel Genting Highlands!

Ha, awak jual saya beli, bukan saja-saja nak suruh anda tunjukkan kemahiran berpantun anda tau! LBS nak beri anda peluang untuk memenangi percutian dan juga wang tunai dengan pantun anda tu!

Hadiahnya ialah:

Tempat Pertama: Wang tunai bernilai RM2,000 dan Percutian 3 hari 2 malam di SCAPES Hotel, Genting Highlands X 1

Tempat Kedua: Wang tunai bernilai RM1,500 dan percutian 3 hari 2 malam di SCAPES Hotel, Genting Highlands X 1

Tempat Ketiga: Wang tunai bernilai RM800 dan percutian 3 hari 2 malam di SCAPES Hotel, Genting Highlands X 1

Jangan risau, kalau tak menang hadiah tempat pertama sehingga tempat ketiga, sebab anda masih lagi berpeluang untuk memenangi baucar wang tunai SCAPES Hotel , Genting Highlands bernilai RM300!

Ada 10 orang akan dipilih tau, bukan sikit! Selain itu, ada juga 12 lagi wang tunai bernilai RM100 juga! Seronoknya, berpantun pun boleh dapat hadiah!

Ha sementara tu, tontonlah dahulu video Raya dari LBS ni, mungkin anda dapat inspirasi nak berpantun!

Tu je kena buat? Macam mana nak sertai pertandingan LBS Balas Pantun ni?

Senang sangat nak masuk dan menang hadiah menarik ni. Sambil-sambil tu anda bolehlah tunjukkan bakat berpantun dekat orang lain juga kan?

Seronok tau berpantun ni, buat otak anda ligat berfikir apa yang anda nak balas. Lagi best kalau pantun anda ada makna yang mendalam.

Mudah je! Ikut langkah dibawah ni kalau nak sertai!

1. Muat naik gambar atau video anda berpantun di Instagram

2. Letakkan hashtag #BalasPantunDenganKumika di kapsyen

3. Tarikh penyertaan dari 4 Mei hingga 22 Mei 2021

4. Tarikh untuk undi adalah dari 28 Mei hingga 6 Jun 2021

5. Pastikan akaun Instagram anda tu public tau!

Seramai 25 orang pemenang akan dipilih!

25 pemenang yang menghasilkan pantun yang paling kreatif dan juga mempunyai jumlah like yang paling banyak akan ke pusingan pengundian! Dari situ lah, orang ramai pula akan vote pantun anda tu. Setiap orang boleh vote sehingga 10 kali sehari melalui Facebook!

Para peserta digalakkan untuk kongsikan borang pengundian tersebut di laman social Facebook atau Twitter mereka! Siapa yang dapat undian paling banyak akan menang!

Anda kena usha dulu SCAPES Hotel, Genting Highlands ni! Memang cantik betul!

Cantik kan? Nak sertai contest pun mudah je kan? So apa lagi? Anda klik dekat SINI untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ni!

Info terbaru dikemas kini pada 11 Mei 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 28 Apr 2020
Featured Mon, 30 Dec 2024

“Saya Bukan Lagi Puan, Saya Cik…” – Berseloroh Ketika Live, Fazura Akui Terhibur Dengan Respons Peminat

Fazura menegaskan bahawa dia kini bukanlah Puan sebaliknya mahu dipanggil Cik.

Hiburan Mon, 29 Jul 2024
Trending Wed, 4 Jul 2018

Kejam! Bayi ‘Diculik’ Mati Dalam Peti Sejuk Rumah Pengasuh

Sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan menemukan mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat didalam sebuah beg berwarna hijau.

Featured Thu, 28 Apr 2022

“Menuntut Ilmu Digalakkan Sehingga Ke Liang Lahad” – Siti Nurhaliza Ada Keinginan Untuk Sambung Belajar

Datuk Seri Siti Nurhaliza mempunyai keinginan sambung belajar jika masa dan komitmen mengizinkan.

Hiburan Wed, 14 Dec 2022
Featured Sat, 27 Aug 2022

Ibu Sedang Bertarung Nyawa Di CICU, Remy Ishak Mohon Doa Supaya Dapat Bersama Semula

Allahuakbar 😥 semoga ibu Remy Ishak cepat sembuh aamiin dan semoga Remy sekeluarga kuat dan tabah hadapi ujian ini 🤲

Hiburan Tue, 14 Apr 2026

Bekpes Hot FC vs Perlis Old School Team Meriah, Aksi Sengit Berakhir Penentuan Penalti

Perlawanan persahabatan antara Bekpes Hot FC dan Perlis Old School Team berlangsung meriah di Stadium Tuanku Syed Putra, Kompleks Sukan Negeri Perlis!

error: Content is protected !!