Euforia Bola 2026
Trending By: Padin May 5, 2021 @ 9:21pm

Lan Pet Pet Didakwa Pukul Abang Rider, Saiful Apek Mohon Orang Ramai Tak Jatuhkan Hukuman

Pelawak Saiful Apek mendedahkan dia belum lagi berhubung dengan sahabatnya, pelawak Lan Pet Pet yang terpalit dengan kontroversi baru-baru ini.

Menurut Apek atau nama sebenarnya, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 52, pada awalnya dia tidak mengetahui kontroversi yang melibatkan rakan baiknya itu.

Pada malam Ahad lalu, video seorang lelaki yang dipercayai Lan didakwa memukul seorang jejaka penghantar makanan tular di laman sosial dan menarik perhatian netizen.

Menerusi video yang dirakam pengguna jalan raya, lelaki itu dilihat merangkul leher penghantar makanan terbabit dan memukul kepalanya.

“Sejujurnya, saya tak tahu langsung mengenai kontroversi melibatkan Lan sampailah orang lain bagi tahu saya.

“Saya kenal sahabat saya macam mana, jadi saya dan rakan-rakan Senario lain tak menghubunginya dia. Biarkan sahaja dahulu,” katanya.

Jelas Apek, orang luar tidak seharusnya cepat menjatuhkan hukuman kerana kita sendiri tidak mengetahui hal sebenar.

“Kami sendiri mahu memberi dia ruang untuk menyelesaikan apa yang terjadi. Saya cakap macam ni bukan kerana nak ‘back-up’ kawan atau apa.

“Tetapi, sebagai orang luar kita tidak seharusnya campur tangan atau terlalu cepat ‘jatuh hukum’. Kita sendiri pun tak tahu situasi sebenar apa yang berlaku.

“Kami (Senario) ini dah macam ahli keluarga. Sejak dulu pun kalau salah seorang ditimpa masalah atau kontroversi, masing-masing akan biar keadaan ‘sejuk’ dulu dan tunggu masa yang sesuai untuk buka mulut,” katanya lagi.

Apek ditemui di majlis buka puasa malam aspirasi dan Anugerah Vieura 2020 serta pelancaran rasmi G-Asfal, minuman campuran roselle dan kunyit hitam anjuran Vieura Group di Bangi Avenue Convention Centre pada Isnin.

Selain Apek, majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Mawi, Syanie, Along Cham, Zalif Sidek dan Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas Vieura Group, Ahmada Muazzam Tasaki.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Feb 2024
Hiburan Thu, 8 Dec 2022

Gelagat Ummi Nazeera Di Karpet Merah Curi Tumpuan Netizen – “Terpeleot Pun Comel Dia Ni!”

Gelagat pelakon Ummi Nazeera di karpet merah Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung di Encore, Melaka minggu lalu mencuri perhatian ramai. Menerusi hantaran di akaun TikTok, Ummi yang berjalan di karpet merah sambil berpegangan […]

Featured Fri, 20 Mar 2026

Nas-T Kongsi Tradisi Baju Raya Sedondon Itu Wajib, Akui Aidilfitri Tak Sama Tanpa Arwah Ayah & Adik

Pelakon Nas-T berkongsi pengalaman menyentuh hati apabila mengakui sambutan Aidilfitri sejak beberapa tahun kebelakangan ini tidak lagi sama selepas kehilangan insan tersayang.

Featured Tue, 23 Jul 2024

Bekas Isteri Andika Putera ‘Spill The Tea’… Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Dengan Staff Sendiri -“Dah Bersayang, Ber-B Bagai Tak Curang Ke?”

Alamak, bekas suami kata fitnah besar… Tapi, bekas isteri siap mengaku bekas suami curang sejak tahun 2020🔥🔥🔥

Featured Sun, 5 Dec 2021

Terpaksa Bermalam Di IKEA Kerana Ribut Salji

Bilik pameran IKEA di Aalborg bertukar menjadi tempat penginapan bagi enam pelanggan dan kira-kira 25 pekerja IKEA akibat terkandas dalam ribut salji yang melanda utara Denmark pada Rabu. Memetik laporan AP News, sehingga 30 sentimeter […]

Selebriti Thu, 23 May 2024
error: Content is protected !!