Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin May 6, 2021 @ 3:00pm

Status Gagal Kredit, Pemohon Bantuan GKP Diminta Kemaskini Akaun Bank Jika…

Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang masih belum menerima bayaran GKP Tambahan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI)disaran agar menyemak status pembayaran.

Perkara ini dimaklumkan menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenai semakan kini boleh dibuat melalui portal rasmi  GKP gkp.hasil.gov.my.

Penerima dengan status Gagal Kredit

Bagi penerima dengan status Gagal Kredit, mereka diminta mengemas kini maklumat akaun bank masing-masing dengan segera agar pembayaran dapat dilakukan dengan segera.

Penerima GKP juga perlulah memastikan akaun bank yang dikemas kini adalah aktif dan menggunakan nombor akaun simpanan peribadi atau nombor akaun semasa peribadi.

Bagi penggunaan selain daripada akaun bank seperti yang dimaklumkan TIDAK akan diterima.

Buka akaun baharu jika…

Penerima atau pemohon GKP digalakkan membuka akaun bank baharu (Akaun Bank Simpanan Peribadi penerima GKP) dan mengemas kini di portal rasmi GKP dengan menggunakan akaun baharu bagi mengelakkan masalah gagal kredit.

Untuk makluman, urusan pengemaskinian maklumat akaun bank boleh dibuat mulai 5 Mei sehingga 19 Mei 2021.

Manakal pembayaran semula GKP Tambahan (PERMAI) ke akaun bank yang telah dikemas kini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

Sumber : LHDN

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 May 2024
Drama Thu, 17 Nov 2022
Featured Wed, 9 Jul 2025

Status Bapa Dipersoal, Shuk Sahar Tampil Bersuara! – “Macam Mana Nak Azankan? Tarikh Lahir Pun Tak Ada Siapa Bagitahu”

Shuhk benagng selepas nama ibu bapanya dipetik beserta tuduhan culas jalankan tanggungjawab.

Featured Thu, 27 Mar 2025

Duet Bersama Den Manjo, Nabila Razali Tampil Dengan ‘Raya Mana’ Versi Kelantan

Versi istimewa ini dihasilkan bagi memenuhi permintaan peminat yang ingin mendengar lagu tersebut dalam loghat Pantai Timur.

Featured Thu, 11 Aug 2022

Gara-Gara Video Berunsur L*cah, PU Syed Beri Teguran Buat Aliff Syukri – “Bayangkan Anak Kamu…”

Fikir soal kematian, sedia ke nak tanggung dosa penonton – PU Syed

error: Content is protected !!