Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd May 6, 2021 @ 8:12pm

“Tak Semua Orang Suka Apa Yang Kita Tunjuk…”- Naim Daniel Komen Isu Selebriti Rentas Negeri

Penyanyi Naim Daniel menyuarakan pandangan beliau berkenaan isu rentas negeri yang melibatkan selebriti dan influencer.

Menurut pemenang Anugerah Juara Lagu 34 ini, seseorang selebriti akan menjadi rujukan dan ikutan kepada para pengikut di sosial media.

Justeru, penting bagi selebriti untuk memberikan contoh yang terbaik.

“Kita feed kita punya audience dengan apa yang kita sampaikan melalui content. Bila ada masalah berkaitan instafamous atau segelintir artis, kita akan triggered kemarahan orang dan ini menimbulkan pukul rata di kalangan orang ramai yang semua artis ni tak boleh pakai,” katanya.

Malah, Naim menjelaskan bahawa reputasi  antara seseorang selebriti di kalangan netizen turut akan terjejas ekoran perkara terbabit.

Beliau juga tidak merasakan menjadi seorang selebriti atau influencer merupakan tiket untuk bebas melakukan semua perkara.

“Ada benda yang perlu share, ada benda yang tidak perlu share. Kita patut reserved sedikit privasi untuk diri sendiri” tambahnya lagi.

Tambah Naim, beliau  percaya bahawa laman sosial boleh menjadi tempat yang terbaik atau racun yang paling pahit buat seseorang.

“Kita tak tahu apa yang jadi pada hari esok, jadi untuk kita menunjukkan apa yang kita ada di sosial media bukan semua orang suka. Tak kisah selebriti atau netizen. Berpada-padalah,” ujar Naim ketika ditemui di sidang media rancangan Karok Ok .

Naim Daniel akan bergandingan bersama Sharifah Shahira sebagai hos di Rancangan Karok Ok pada 23 Mei ini jam 10:30 malam,  Antara artis jemputan yang akan memeriahkan program ini ialah Haqiem Rusly, Tuju, Loca B, Cik Manggis, Amir Masdi, Wany Hasrita dan ramai lagi.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 7 Sep 2021
Featured Wed, 17 Aug 2022
Featured Fri, 3 Feb 2023

Sissy Imann Menyesal Jual Album Harga RM20 – “Kalau Nak Untung, Baik Saya…”

Sebab tu kalau emosi tak boleh buat keputusan kan.. Kita jadikan semua ni satu pengajaran

Hiburan Tue, 16 Dec 2025
Hiburan Fri, 1 Aug 2025
Featured Wed, 10 Dec 2025

“3 Tahun Yang Bukan Mudah Untuk Aku & Ameena” – Shakilla Khoriri Kongsi Momen Graduasi Anak, Luah Pengorbanan Seorang Ibu

Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa sebak dan bangga apabila anaknya, Ameena Sofia, akhirnya menamatkan tempoh tiga tahun awal pendidikannya.

Trending Fri, 6 Nov 2020
error: Content is protected !!