Euforia Bola 2026
Trending By: Padin May 7, 2021 @ 6:44pm

Positif Covid-19, Penyanyi Baru Aliff Iskandar Semakin Pulih

Penyanyi baru, Aliff Iskandar berkongsi khabar gembira apabila dirinya semakin sihat setelah positif Covid-19 kira-kira seminggu yang lalu.

Pelantun lagu Perit yang menjadi OST drama Rahimah Tanpa Rahim ini sedang berada di pusat kuarantin di MAEPS Serdang.

Bagaimanapun, Aliff masih perlu menjalani beberapa prosedur sebelum dibenarkan keluar sedikit masa lagi.

Mula mengadu demam dan tidak sedap badan sejak 28 April yang lalu, Aliff tidak menunggu lama untuk melalukan ujian calitan di sebuah klinik swasta pada keesokan harinya sebelum disahkan positif sehari kemudian.

“Memang saya alami demam panas, sesak nafas, batuk dan sakit kepala pada waktu itu. Saya pengsan tiga kali di rumah. Tapi saya tak tunggu lama dan terus melalukan ujian calitan memandangkan keadaan tersebut tidak pernah dialami sebelum ini.

“Bila dapat sahaja keputusan, klinik tersebut terus memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan saya “dijemput” ambulans malam itu juga untuk dikuarantin di MAEPS Sedang,” kata penyanyi baharu itu lagi.

Dalam pada itu, Aliff berkata rakan serumahnya juga sudah melakukan ujian calitan dan mereka didapati positif seminggu kemudian. Manakala pihak pengurusan tempatnya belajar juga sudah melakukan beberapa saringan untuk mengenal pasti kontak rapat.

Dalam pada itu, Aliff menyatakan yang dirinya sudah semakin sihat daripada wabak berkenaan. Gejala demam dan batuk yang dialaminya juga sudah pulih dan dia hanya menunggu masa untuk keluar daripada tempat tersebut.

“Memang keadaan saya agak lemah pada peringkat awal. Tapi beberapa hari kemudian semuanya semakin baik dan saya dapat rasakan perubahan itu. Saya beruntung kerana tidak mengalami komplikasi yang serius seperti segelintir orang.

“Di sini saya diberikan layanan baik dan kami sama-sama membuat pelbagai aktiviti seperti mana yang disarankan oleh petugas kesihatan. Jangan takut, semuanya akan baik-baik sahaja,” tambahannya lagi.

Pun begitu, sehingga ke hari ini dia sendiri tidak mengetahui punca bagaimana dia dijangkiti Covid-19.

Menganggap apa yang berlaku sebagai satu pengajaran untuknya berhati-hati pada masa hadapan, Aliff memohon maaf kepada semua kenalan dan kontak rapatnya yang terpaksa melakukan kuarantin kendiri setelah dirinya disahkan positif.

“Saya minta maaf kerana menyusahkan rakan-rakan yang lain. Tidak ada siapa mahu menerima dugaan sebegini tapi saya reda. Ramai yang menitipkan doa dan kata-kata semangat terutamanya keluarga dan sahabat yang sudah mengetahui perkara ini.

“Untuk mereka yang berada di luar sana, jaga diri, jaga jarak dan ikut SOP yang ditetapkan. Kalau kita jaga diri, insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya yang baru sahaja melancarkan lagu Sedar Ku bersama Syahmi Irfan, Syafiq Naser dan Killa Driz sempena Ramadan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 27 Aug 2021
Trending Sun, 9 Dec 2018

”Dia Tolak Cinta Saya, Kata Saya Hodoh Dan Hitam,”

”Dia Tolak Cinta Saya, Kata Saya Hodoh Dan Hitam,” Lelaki Bunuh Dan Perkosa Gadis Angkara Sakit Hati

Hiburan Tue, 14 Jan 2025
Trending Wed, 27 Jan 2021
Trending Mon, 1 Jan 2018

16个“赋予灵魂”的物品 包你目瞪口呆

你相信东西也有灵魂吗?如果哪天物品都赋予生命了,大家应该都会被吓得目瞪口呆!

Featured Fri, 13 Feb 2026

Sudah Bergelar Mualaf? Keith Foo Enggan ‘Buka Mulut’ – “Biar Ia Jadi Tanda Tanya”

Kata Keith, 43, dia lebih selesa mengambil pendekatan untuk berdiam diri daripada menguar-uarkan mengenai isu tersebut

Featured Tue, 12 Apr 2022
error: Content is protected !!