Euforia Bola 2026
Trending By: Padin May 19, 2021 @ 9:59pm

Isu Karpet Nilai 3: Neelofa, PU Riz Dijangka Didakwa Di Mahkamah Esok

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, pendakwah selebriti PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail akan didakwa di mahkamah esok berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

Menurut sumber mahkamah, Neelofa dan Haris akan didakwa di Mahkamah Majistret Dua, Kompleks Mahkamah Seremban pada jam 9 pagi esok atas kesalahan melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai di sini untuk membeli karpet pada 2 Mei lalu, memetik laporan Utusan.

Jelas sumber, mereka akan didakwa di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan Kawalan Pergerakan).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd. Fazley Ab. Rahman dihubungi Utusan berkata, pihak polis akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Mohd. Fazley memberitahu, siasatan dijalankan memandangkan isu gambar dan video melibatkan Neelofa dan Haris itu melanggar SOP sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Muhammad Haris dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei 2021.

Turut diambil keterangan ialah pemilik premis serta pembantu kedai karpet tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Rentas Negeri Ke Nilai, Neelofa & PU Riz Beri Keterangan Kepada Polis Hari Ini

Neelofa sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas didakwa merentas negeri ke Nilai 3, Negeri Sembilan untuk membeli karpet dan netizen mempersoalkan bagaimana dia boleh nerentas negeri semata-mata untuk membeli barang perhiasan rumah.

Perkara tersebut mula menjadi bualan selepas Neelofa memuat naik sekeping foto dan video di akaun Instagram miliknya yang memaparkan dia dan suami berada di sebuah kedai karpet.

Dalam video yang dikongsi juga, dia dilihat merakam seorang pekerja dan turut mempromosikan kedai tersebut yang terletak di Nilai 3.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Rentas Negeri, Ini Pesanan ‘Makan Dalam’ Pengarah Nur Buat Neelofa

Siasatan sebelum ini dijalankan di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan Kawalan Pergerakan) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 10 Apr 2023
Trending Fri, 22 Jun 2018

Pelik! Lelaki Nekad Pecah Rumah Hanya Berseluar Dalam

Suspek yang dilihat dalam keadaan mencurigakan terus ditahan sebelum kumpulan lelaki berkenaan lalu memaklumkan kejadian kepada mangsa.

Featured Wed, 22 Feb 2023

“Manusia Mudah Rapuh” – Filem Imaginur Beri Impak Mendalam Pada Fatimah Abu Bakar 

Bila cakap soal ibu bapa ni, auto jadi sebak 😭😭😭

Hiburan Wed, 26 Nov 2025
Featured Thu, 15 Jan 2026

Zaki Yamani Dedah Pernah Jadi Mangsa Gangguan S*ksual – “Saya Dipanggil Masuk Ke Dalam Bilik & Tangannya Diletakkan Di Atas Riba Saya”

Zaki juga mendedahkan menerima gangguan menerusi media sosial apabila seorang wanita berusia menawarkan bayaran puluhan ribu ringgit untuk melakukan panggilan video dengannya.

Featured Fri, 16 Dec 2022
error: Content is protected !!