Euforia Bola 2026
Trending By: Padin May 19, 2021 @ 10:24pm

“Rasa Nak Pengsan, Macam Nak Gugur Jantung” – Puteri Sarah Positif Covid-19

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 36, mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas membuat Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) di Shah Alam, semalam.

Isteri kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof ini berkata, dia bertindak melakukan ujian terbabit selepas hilang deria rasa, bau, badan berasa penat dan selsema, lapor Harian Metro.

“Pada 6 Mei lepas, saya bersama pasukan produksi Saya Tunggu Awak buat ujian RTK kerana ia prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) jika ingin mulakan penggambaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hasil ujian tersebut adalah negatif.

“Seterusnya, saya sendiri membuat ujian kali kedua secara menyeluruh pada 10 Mei lalu kerana bimbangkan anak-anak dan keluarga. Alhamdulillah, hasil ujian juga negatif. Jadi, selepas tamat tempoh kuarantin, semalam saya memulakan penggambaran.

“Namun, saya berasa kurang sihat selain hilang deria rasa dan bau. Memandangkan penggambaran dijalankan di Shah Alam, saya pergi buat di Pusat Perubatan MSU. Pada sebelah malam sebelum pulang, saya dimaklumkan hasil ujian positif. Saya terkejut, rasa nak pengsan dan macam nak gugur jantung,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Puteri Sarah, dia terus memaklumkan perkara itu kepada Syamsul.

“Syamsul orang pertama saya maklumkan perkara ini sebab bimbang keadaan anak-anak. Jadi, saya terus hubungi klinik yang membuat perkhidmatan ujian di rumah untuk datang esok. Ini kerana selama ini saya duduk bersama keluarga mentua, jadi satu rumah kena buat ujian.

“Buat masa sekarang pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum menghubungi saya, jadi saya akan menjalani proses kuarantin di rumah. Sejak semalam juga saya sudah mengasingkan diri daripada semua.

“Pasukan produksi juga terpaksa menghentikan sementara penggambaran disebabkan perkara ini. Sejujurnya, saya tidak menjangka akan terkena kerana pada asalnya hanya kontak rapat jenis C. Malah, sepanjang tempoh kuarantin di rumah tidak ada sebarang gejala pun,” katanya.

Dalam masa sama, Puteri Sarah berpesan kepada semua pihak yang ada berhubung atau berjumpa dengannya bermula 10 Mei lalu untuk pergi membuat ujian.

“Saya nak minta maaf sangat. Siapa yang kontak rapat dengan saya dari 10 Mei pegilah buat ujian saringan dulu. Saya nak minta maaf kepada keluarga, suami dan anak-anak. Doakan kami semua ya. Jangan keluar rumah kalau tak ada apa-apa nak buat. Jaga diri semua,” katanya.

Dalam perkembangan lain, drama bersiri lakonan Puteri Sarah, Sabarlah Duhai Hati kini sedang bersiaran di slot Akasia TV3.

Selain Sarah, drama yang bersiaran setiap hari jam 7 malam itu turut menampilkan Amyra Rosli dan Saharul Ridzwan.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 13 Jan 2023

Keperitan Alami Anxiety, Jerry Zakaria Lepaskan Emosi Dalam ‘Kehilangan’

Sedihnya lagu ni.. Masalah penyakit mental bukan isu main-main tau

Featured Sat, 14 Mar 2026

Individu Dakwa Sejadah Keluaran Syarikat Neelofa Mengandungi Corak Persis Kepala Kambing?

Seorang individu menyorot perhatian ramai apabila meluahkan rasa sangsi terhadap corak yang terdapat pada sejadah keluaran syarikat milik selebriti terkenal, Neelofa baru-baru ini.

Featured Mon, 1 Apr 2024
Trending Mon, 7 Oct 2019

Tol Tidak Jadi Di Hapuskan Betul Ke?

Apa yang terkandung di manifesto dan pemahaman tidak sama?

Featured Tue, 7 Jan 2025

Tipikal & Klise, Juliana Evans Tolak Watak Penyondol – “Watak Tu Merendahkan Wanita”

Katanya, watak tersebut terlalu klise dan menjatuhkan martabat seorang wanita

error: Content is protected !!