Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd May 25, 2021 @ 6:36pm

“Rakyat Yang Lain Berintegriti? Jangan Sibuk Jaga…” – Video PKP Lagi & Lagi Uyaina Arshad Dipuji Ramai

Pelakon dan pengacara Wanita Hari (WHI), Uyaina Arshad mencuri perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video yang mengandungi pesanan khidmat masyarakat kepada orang ramai mengenai situasi semasa COVID-19.

Dalam video tersebut, Uyaina menyentuh mengenai sikap sesetengah rakyat Malaysia yang cepat menghukum dan mengeluarkan kejian kepada golongan kayangan, menteri dan selebriti yang melanggar SOP tanpa mengira kesalahan sendiri.

Menurut Uyaina lagi, bukan hanya golongan menteri dan selebriti sahaja yang melanggar SOP tetapi sesetengah golongan rakyat biasa juga sering berbuat demikian dan menjadi salah satu punca kes semakin meninggi.

Di akhir videonya, Uyaina memberitahu dia tidak berniat  menyalahkan sesiapa tetapi sekadar  memberi peringatan dan nasihat kepada orang ramai dan dirinya sendiri agar tidak leka dan  supaya terus menjaga SOP.

 

Video tersebut kini meraih jutaan tontonan dan rata ratanya bersetuju dengan Uyaina Arshad. Ruangan komen turut dipenuhi dengan pelbagai reaksi daripada netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 May 2024
Trending Tue, 9 Mar 2021
Featured Sat, 30 Sep 2023
Hiburan Tue, 29 Aug 2023
familuv Mon, 30 Jul 2018

10 Kebaikan Membedung Bayi Yang Anda Tidak Tahu

Bayi yang dibedung lebih lena tidur berbanding bayi yang tidak dibedung.

Hiburan Mon, 2 Dec 2024

14 Tahun Olah Plot & Skrip, Akhirnya Filem Tegkang Ke Layar Perak… Budaya Masyarakat Kelabit Serta Keindahan Alam Jadi Tarikan

Mula ditayangkan pada 28 November lalu, filem Tegkang menjadi antara naskhah yang mengangkat tema tentang budaya sesebuah masyarakat.

error: Content is protected !!