Euforia Bola 2026
Trending By: Padin May 29, 2021 @ 10:45am

Siti Nordiana Salurkan Emosi, Buat Kajian Dahulu Sebelum….

Penyanyi Siti Nordiana menyalurkan emosi dan membuat kajian terlebih dahulu sebelum menyanyikan lagu terbarunya yang berjudul Cukup Derita Itu.

Mendapat sentuhan komposer hebat, Tam Spider dan liriknya hasil nukilan Siti Rosmizah, karya terbabit menjadi lagu runut bunyi drama yang menggunakan judul sama, Cukup Derita Itu yang sedang hangat ditayangkan di slot Samarinda TV3.

Mendapat sentuhan pengarah Along Kamaludin, karya lakonan Ruhainies, Hisyam Hamid, Chacha Maembong, Jasmin Hamid, Didie Alias, Farhan Asri dan ramai lagi itu merupakan adaptasi novel karya Siti Rosmizah sendiri.

Meskipun memang sudah diakui kehebatan nyanyian dengan cara tersendiri, Siti Nordiana atau mesra dipanggil Nana tetap berdepan cabaran tersendiri melunaskan lagu itu.

Apalagi, dia sendiri tahu betapa pentingnya lagu runut bunyi yang menjadi nadi kepada keberkesanan sesuatu drama.

“Lagu runut bunyi perlu ada pendekatan tersendiri dan itulah cabaran yang saya hadapi untuk memastikan Cukup Derita Itu menjadi. Pertama sekali, semestinya saya kaji terlebih dahulu keseluruhan plot cerita drama berkenaan untuk memastikan dapat gambaran tepat.

“Memandangkan drama itu adalah naskhah yang menuntut permainan emosi dan ada babak kesedihan, saya kena tekankan daripada segi itu juga. Justeru, untuk lagu ini, saya cuba salurkan corak penceritaan dengan nada merintih terhadap setiap bait liriknya.

“Paling penting, secara peribadi saya memang sangat berbesar hati dapat menyanyikan karya nukilan Tam. Dia sememangnya komposer yang begitu teliti dan banyak membantu saya mendalami lagu berkenaan dengan emosi tepat,” katanya.

Sentiasa mengutamakan ketelitian dalam karyanya, Tam pula mengakui lagu Cukup Derita Itu satu tugasan cukup besar.

Sebelum beralih kepada proses rakaman, perbincangan mendalam dengan Siti Rosmizah dibuat untuk memastikan aura lagu terbabit mampu setanding jalan cerita drama itu sendiri.

“Walaupun runut bunyi itu hanya berdurasi beberapa minit, penghasilannya perlu dilakukan dengan begitu teliti. Terutama daripada segi melodinya, kena menepati keseluruhan mood serta perjalanan kisah yang ingin disampaikan dalam drama berkenaan.

“Saya harus puji bagaimana Siti Rosmizah menerangkan secara mendalam dan terperinci berkenaan aspek penceritaan itu. Sekali gus, ia sangat membantu saya untuk menghasilkan lagu yang boleh meruntuh jiwa ramai sebaik mendengarnya serta menghayati baik liriknya,” katanya.

Cukup Derita Itu kini sudah tersedia di semua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, JOOX, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala video liriknya pula boleh ditonton di saluran YouTube Universal Music Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Nov 2025
Featured Tue, 9 Sep 2025

“Malulah Hidup Atas Duit Perempuan”- Hantaran Di Threads Curi Perhatian, Abby Abadi Perli Siapa?

Abby secara sarkastik berkata, individu berkenaan sepatutnya malu kerana hidup atas tanggungan dan duit perempuan.

Trending Mon, 28 May 2018

12 Epic Quotes by Tun Mahatir That We All Love

Our 7th Prime Minister is very witty indeed.

Featured Wed, 13 Jul 2022

Pelawak Wanita Mengaku Tidak Bersalah, Bakal Berhadapan Penjara Minimum 2 Atau Maksimum 5 Tahun

Fuh… semoga apa yang berlaku ni beri pengajaran besar pada dia dan semua pihak..

Featured Tue, 5 Aug 2025

“Jangan Sampai Kamu Yang Nampak Baik Kena Salai Dulu Dalam Neraka” – Ibu Puteri Balqis

Aqish kesal dengan komen kesat yang dilemparkan warganet terhadapnya.

Trending Wed, 24 Feb 2021

Riena Diana Kini Penyampai Geng Pagi Hot FM

Akak Lailer dah jadi Geng Pagi Hot, confirm letup!

error: Content is protected !!