Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin November 26, 2025 @ 12:39am

Dari Alor Star Ke Shah Alam, Bekpes Hot Tamat Kayuhan 450 Kilometer

Kempen Mi Sedaap Beskal Bekpes Hot menamatkan perjalanan epiknya selepas lima hari kayuhan sejauh 450 kilometer merentasi beberapa negeri termasuk Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Perjalanan yang bermula pada 20 November 2025 berakhir di Shah Alam pada jam 24 November lalu.

Sepanjang lima hari tersebut, pasukan menghadapi cabaran fizikal dan cuaca yang tidak menentu, namun semangat kebersamaan kekal tinggi. Detik terakhir menyaksikan pasukan bergerak dari Kuala Selangor menuju Shah Alam untuk menamatkan misi bersejarah ini, menandakan penutup yang penuh emosi bagi kempen tersebut.

Siaran luar terakhir kempen diadakan di Warung Wak Salim, Kuala Selangor, yang dipenuhi peminat sejak awal pagi untuk memberikan sokongan kepada para personaliti Hot FM iaitu KJ, Johan, Fara Fauzana, dan AG bersama peserta kayuhan.

Acara pelepasan disempurnakan oleh Datuk Noorazley Yahya, ADUN Bukit Melawati. Kayuhan terakhir ini merangkumi jarak sekitar 70 kilometer sehingga tiba di Shah Alam.

Selepas mengharungi 11 kilometer pertama dalam hujan lebat dan angin kencang, pasukan berhenti di Gulai Kawah Batang Pisang, Parit Mahang, sebagai hentian pertama.

“Saya tiba di hentian pertama sementara rakan-rakan lain masih di belakang. Cuaca hari ini agak mencabar, tetapi semua ahli pasukan Hot FM dan rakan-rakan Beskal Bekpes Hot tetap gigih untuk menamatkan kayuhan,” kata KJ berkongsi pengalamannya.

Walaupun cuaca ekstrem, penduduk kampung tetap keluar memberikan sorakan dan kata-kata semangat, menjadikan hentian ini antara momen paling berharga sepanjang perjalanan.

Perjalanan diteruskan lebih 40 kilometer ke Restoran Satay Famili, Meru Klang, bagi hentian kedua, di mana peserta mengambil masa untuk mengisi tenaga sebelum meneruskan kayuhan terakhir ke Shah Alam.

“Hari kelima dan saya berada di belakang. Kami berjaya mengejar Chief, walaupun pergerakannya sangat laju. Sokongan pasukan sangat membantu untuk mengejar dan sampai ke hentian dengan selamat. Kehadiran grupetto benar-benar memberikan semangat tambahan,” kata Johan pula

Pasukan tiba di PKNS Galeria SA Sentral, Shah Alam, menandakan tamatnya kayuhan 450 kilometer Mi Sedaap Beskal Bekpes Hot. Ribuan peminat berkumpul untuk menyambut kepulangan para personaliti Hot FM dan peserta kayuhan yang menempuh laluan mencabar dari Alor Setar ke Shah Alam.

Menurut Raja Khairil selaku Pengarah Kanan Kandungan Hot FM, kempen ini bukan sekadar kayuhan, tetapi simbol semangat ketahanan, disiplin, sokongan komuniti dan hubungan erat antara Hot FM dan rakyat Malaysia.

“450 kilometer dari Alor Setar ke Shah Alam memberi peluang untuk bertemu ramai peminat. Cabaran cuaca dan teknikal ada, tetapi semangat pasukan dan Bekpes Hot memastikan kita sampai ke Shah Alam dengan jayanya. Ini pengalaman yang sangat berharga, “ katanya.

Dalam pada itu, Nazri Noran selaku Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, berbangga dengan semangat yang ditampilkan oleh Hot FM.

“Hot FM sentiasa mencari cabaran baru. Radio bukan sekadar siaran studio; ia boleh bergerak ke luar tanpa had. Dengan semangat adventure yang dimiliki KJ, Johan, Fara Fauzana dan AG, serta sokongan penuh Chief dari awal kempen, mereka mampu menakluki cabaran seperti mendaki Gunung Kinabalu. Apa sahaja projek seterusnya pasti mereka sedia menghadapi,” katanya lagi.

Hot FM juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak berhenti memberikan sokongan sejak hari pertama kempen. Sokongan daripada personaliti dan artis tanah air seperti Datuk Muqharabbin, Ozlyn Wati dan Amar Baharin turut menambahkan kemeriahan kempen ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 30 May 2026

Sertai Acara Korban Di Pahang, Fizz Fairuz Tersentuh Lihat Orang Ramai Gotong Royong Hidupkan Aidiladha

Datuk Fizz Fairuz tersentuh melihat semangat orang ramai yang bergotong-royong dan saling membantu tanpa mengira latar belakang.

Hiburan Mon, 30 Apr 2018

许佳麟获颁《娱协30》新人造势「最具人气奖」

为了让大家更了解和接近《娱协30》“新人推荐奖”候选人,娱协将于昨(29日)下午3时,在金河广场大厅举办《娱协30》新人10强造势活动。出席的新人包括Ribbon黄若熙、Alycia、Hanz郭文翰、车志立、Morris彭进成、李佩玲以及Danny许佳麟。

Hiburan Mon, 23 Jul 2018

邓紫棋高EQ回应陈冠希「让音乐作品去说话」

「铁肺女王」邓紫棋来马出席《饥饿30》倒数活动,与1万5000人齐聚沙阿南美拉瓦迪室内体育馆;谈及近期她为《中国新说唱》担任制作人遭陈冠希挑衅不会饶舌,她高EQ回应“让音乐作品去说话。”

Hiburan Tue, 24 Jun 2025
Featured Thu, 2 Feb 2023

#LaguXTRA: Aeril Zafrel Imbau Zaman Bercinta Dengan Lagu Melly Goeslow!

Teringat zaman-zaman sekolah kan! Lagu Melly yang mana favorite Aeril tu?

Featured Mon, 19 Jun 2023
Hiburan Fri, 26 Jul 2019

‘Masa Kecil Je Kita Rasa Penat’- Raja Farah Kongsi Pengalaman Asuh Dua Anak

Penat kejap je takpe kan…hasilnya InshaAllah berbaloi!

Hiburan Fri, 29 Mar 2019

‘Ada Sebab Kenapa Allah Tak Bagi…’- Marsha Luah Hasrat Jadi Ibu

Semoga impian Marsha untuk mendapatkan zuriat satu hari nanti terlaksana, Amin…

error: Content is protected !!