Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 5, 2025 @ 7:00pm

“Jangan Sampai Kamu Yang Nampak Baik Kena Salai Dulu Dalam Neraka” – Ibu Puteri Balqis

Ibu kepada pelakon versatile, Puteri Balqis iaitu, Norashikin Mohd Aziz kesal dengan tindakan segelintir warganet yang sewenang-wenangnya memberikan kata-kata kesat dan komen jelik terhadap keluarganya.

Menerusi perkongsian di Instagram milik Puteri Balqis atau lebih mesra dipanggil Aqish, Norashikin menegaskan, tidak logik sekiranya seseorang itu menilai orang lain hanya kerana penampilannya dan kesusahan hidup yang dialaminya.

Bukan itu sahaja, dia juga menegur sikap segelintir masyarakat yang berperwatakan alim namun hakikatnya sudah terbiasa meremehkan dan merendahkan orang lain.

“Tidak ada logiknya perempuan bertudung, laki berjubah dalam dunia seperti kamu yang mengetawakan kemiskinan orang lain. Mengharapkan kejatuhan orang lain.

“Memerli anak yang banyak berdiam apabila kena abuse dengan ayah sendiri. Memerli ibu yang ditinggalkan ketakutan dalam keadaan suami dan kawan-kawannya bergelak tawa, mabuk, masturbating, taking drugs, menyamar beragama di depan manusia,” katanya.

Mengulas lanjut,  Norashikin mengakui kehidupannya sedikit berbeza daripada keluarga normal lain namun, dia dan  anaknya itu tidak pernah untuk bermuka-muka seperti kebanyakan orang.

“Tidak ada logiknya satu family bertatu seperti kami yang pernah susah dan bangkit kembali. Menyayangi dan memegang haiwan seperti anjing yang tidak ada dosa.

“Setia pada hanya seorang isteri dan anak. Tidak ada di comment section untuk mengeji, menghina, memerli manusia lain, tiba-tiba dicampak ke neraka.

“Satu kami buat, 10 kejahatan muslim seperti kamu buat di dunia. Tapi kejahatan sifat, lidah, jari jemari kamu tertutup dan tertipu dengan zahir yang nampak baik.

“Selangkah kamu ke depan, kamu tidak pernah tahu apa bakal jadi, maka tidak ada logiknya kamu tahu tentang kematian kami.

” Jangan sampai kamu dengan keluarga kamu yang nampak baik tu kena salai dulu dalam neraka,” ulasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Balqis Ashikin (@morosechild)

Tidak hanya berdiam diri, pelakon utama drama rantaian popular TV3, Keluarga Itu, Aqish turut memuat naik beberapa hantaran yang memaparkan komen-komen biadap yang diterimanya di media sosial.

Malah, Aqish turut mencabar individu terbabit untuk bersemuka dengannya dan menegaskan tidak teragak-agak mengambil tindakan saman terhadap pihak yang terlibat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 11 Jun 2023
Hiburan Sun, 24 Jun 2018

SHINee’s Minho Wants to Start a Family in His 30’s

It doesn’t seem like he has a girlfriend yet so move quick, ladies.

Fab Foodies! Wed, 5 Dec 2018
Trending Thu, 15 Mar 2018

Gurauan Makan Babi Cetus Kemarahan Ramai, Wanita Ini Tampil Mohon Maaf

Video yang dimuat naik oleh Arsy Hallawi, seorang wanita berhijab penuh sedang menikmati hidangan makan tengahari iaitu daging ‘babi’ bersama roti, semalam, telah mencetuskan kemarahan umat Islam, bukan saja di kalangan rakyat di negara kelahirannya Indonesia bahkan Malaysia juga serata dunia.

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Raja Komedi Terkenal Meninggal Dunia

Sepanjang kerjayanya, mendiang cukup dikenali menerusi naskhah seperti ‘The Odd Couple’, ‘The Sunshine Boys’, ‘Barefoot in the Park’ dan ‘Lost in Yonkers’.

error: Content is protected !!