Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 14, 2024 @ 5:28pm

Tahniah! Pernah 2 Kali Keguguran, Uqasha Senrose Kini Hamil Anak Pertama! – “Jujur Sedih Bila Orang Cakap…”

Pelakon jelita, Uqasha Senrose memaklumkan kini sedang hamil anak pertama.

Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi platform Instagram miliknya sebentar tadi.

Menerusi hantaran berkenaan, Uqasha berkongsi video memaparkan momen awal perkahwinnya bersama aktor, Kamal Adli serta menunjukkan foto scan baby.

Jelasnya lagi, Uqasha mengakui gementar untuk memulakan pengalaman dan langkah terbaharu sebagai seorang ibu.

Dalam pada itu, Uqasha turut menjelaskan sebelum ini dia memilih untuk berdiam diri soal kehamilan gara-gara pernah keguguran.

“Syukur Ya Allah, Alhamdulilah rezeki manusia berbeza-beza dan ini antara rezeki yang paling besar untuk qasha .

“Dari nak jadi isteri n now nervous untuk jadi ibu pulak .. ramai tanya kenapa saya tak jawab-jawab.

“Sebab dah gugur jadi saya takut, jadi biarlah dari saya sendiri yang cakap. Doakan yg baik-baik untuk saya dan baby,” katanya.

Sementara itu, aktres filem Sumpahan Jerunei ini mengakui sedih apabila ramai yang mengkritik keluarganya iaitu ‘Senrose’ tidak mempunyai zuriat.

“Jujur saya sedih bila orang cakap kenapa family Senrose semua tak ada zuriat la apa la, bila dapat tau tau ni saya bahagia sangat sebab aturan Allah tu dia Maha mengetahui.

“Jodoh ajal maut rezeki semua dari DIA..,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Menjengah ke ruangan komen, rakan selebriti dan pengikutnya di Instagram mengucapkan kata syukur dan tahniah.

Sebelum ini, Uqasha mendedahkan dirinya telah dua kali mengalami keguguran.

Menurutnya, kali pertama dia mengalami keguguran ketika mengerjakan umrah awal tahun lalu, manakala kali kedua November lalu.

Sekadar info, Uqasha dan Kamal mendirikan rumah tangga dengan Kamal Adli pada 5 November, 2021.

Artikel Berkaitan: Tular Video Buat ‘Check Up’, CEO Pusat Perubatan Beri Bayangan Uqasha Senrose Kini Berbadan Dua? – “Selamat Jadi Ibu Bapa”

Artikel Berkaitan: Terpaksa Jalani Pembedahan, Uqasha Senrose Keguguran Dua Kali – “Haid Datang Tak Berhenti…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Oct 2023

Terima DM Seakan Tidak Puas Hati, Shikin Maembong Dedah Individu Ejek Mata Cacat!

Allahu apa masalah dia eh? Tak kena dekat batang hidung sendiri berani lah kan

Hiburan Wed, 23 Jan 2019

「跟我走All-in」世界巡演!刘若英3月9日云顶开唱

相隔3年,刘若英再来马开唱!3月9日云顶举办《跟我走All-in》个人世界巡回演唱会。

Hiburan Wed, 31 Jan 2024

Walau Tak Jadi Kahwin, Syafiq Kyle & Mimi Lana Kekal Profesional Jadi Kawan Baik

Bestfriend sampai bila bila! Apapun, kita doa yang baik baik ok

Events Fri, 27 Dec 2019

陈慧恬自爆好事近!笑言「确定了一定会通知」

首要媒体2020年新春活动《鼠来宝 笑笑力量大》首个任务就派出了两位「微笑大使」Rickman谢承伟和Orange陈慧恬化身一日店长,散播正能量。

Hiburan Wed, 27 Nov 2024
Featured Tue, 19 Jul 2022

Penceramah Bebas 30-an Direman 5 Hari, Didakwa R*gol Remaja 14 Tahun

“Berkenalan sejak Mei lalu. Mangsa dan suspek telah beberapa kali melakukan hubungan intim..” – Timbalan Ketua Polis, Datuk S Sasikala Devi

Hiburan Tue, 17 Sep 2019
Filem Wed, 17 Jan 2024

Dituduh Melukakan Perasaan Agama Lain, Pengarah & Penerbit Filem Mentega Terbang Didakwa Di Mahkamah

‘Kena lapor diri di balai polis sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah’ – Timbalan Pendakwa Raya

error: Content is protected !!