Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 8, 2018 @ 1:44pm

Awas! Padam Nama Siti Nurhaliza Kalau Tak…

Siapalah agaknya yang tak bertanggungjawab memuat naik entri berbaur fitnah mengenai penyanyi nombor satu negara ini. Tak baik tau!

Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi amaran menerusi laman Instagramnya apabila ada pihak yang cuba menyebarkan berita palsu menggunakan namanya. Bukan nama saja, malah gambar beliau turut digunakan.

Tambah beliau, tindakan tegas akan diambil jika penulis blog berkenaan enggan memadam entri berkenaan kerana ia bakal mengundang kekeliruan ramai.

“ Assalamualaikum semua. Ingatkan waktu berpantang bolehlah berehat, tetapi tidak mengapa. Saya perlu jelaskan sesuatu supaya orang tidak keliru dengan berita palsu ini.

“ Ia ada dalam sebuah blog lain dengan tajuk lain. Tetapi apabila kita klik pautan, keluar berita yang memaparkan wajah saya dengan ejaan Sita Nurhaliza.

“ Saya menafikan sekeras-kerasnya berita itu (jika dirujuk pada saya) dan tidak pasti tujuan pihak yang menulis berita palsu itu.

“ Namun, menggunakan wajah dan nama Nurhaliza mengundang pertanyaan mengenai kesahihan berita terbabit,” katanya pada entri yang dikongsi di Instagram.

Sehubungan itu, Siti mahu pihak yang membuat berita palsu itu segera memadamkan watak dan namanya seperti tertera dalam petikan.

“Jika perkara ini berlanjutan, saya tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya di bawah peruntukan undang-undang,” tulisnya.

Kenyataan beliau dimuat naik menerusi entri yang dikongsi di Instagram rasminya, kira-kira jam 1 petang tadi.

Entri itu turut memaparkan foto keratan blog yang kononnya dipetik daripada akhbar New Straits Times (NST).

Dalam tajuk berita yang kononnya ditulis wartawan NST itu, individu bernama Sita Nurhaliza disaman selepas menggunakan maklumat secara tidak sah untuk menjana keuntunga

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Mon, 25 Mar 2019

Escape the Haze in Malaysia at These 6 Locations with Best Air Quality

The haze is unfortunately back, but we can always make it as an excuse to travel.

#tilljannah Sat, 6 May 2023

Shuib, Watie Sah Bertunang… Majlis Nikah Berlangsung Pada 23 Jun 2023

Wah Alhamdulillah! Selamat bertunang Shuib & Watie! Semoga segala urusan untuk majlis pernikahan akan dipermudahkan ❤️❤️

Hiburan Mon, 4 May 2026

Haniff Hamzah Sertai Hot FM, Bergandingan Dengan Fizi Ali Dalam ‘Hot Vibe Club’

Hot FM memperkenalkan Haniff Hamzah sebagai wajah baharu stesen itu.

Hiburan Sun, 30 Dec 2018

Siapa Bakal Bergelar Juara Mentor 7 Malam Ini?

Selepas lapan minggu bersiaran, ternyata empat protege ini antara nama yang disebut sejak awal lagi akan mara ke final.

Hiburan Sun, 3 Apr 2022
Hiburan Sun, 1 Mar 2026

“Penghayatan Kami Berbeza! Kalau Tak Suka Cover Kelly Azman, Jangan Kecam… Sila Swipe” – Syamel

“Terima kasih Kelly Azman kerana memilih untuk cover lagu saya, tapi mohon peminat jangan kecam” – Syamel.

error: Content is protected !!