Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin June 17, 2021 @ 1:43pm

Syor Pertimbang Bantuan Sara Hidup Sebanyak RM1,200 Bagi Tempoh 6 Bulan Untuk Kategori B40

Selepas Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa lalu, terdapat segelintir pihak yang berasa bimbang berkemungkinan pelan tersebut tidak mencapai matlamatnya jika kerajaan tidak peka dan responsif terhadap keadaan dan keperluan rakyat.

Justeru, pihak Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Islam memohon kerajaan agar mempertimbangkan pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM1,200 sebulan untuk tempoh enam bulan kepada mereka yang mempunyai pendapatan RM5,000 dan ke bawah.

Ia termasuklah pemberian subsidi upah buat usahawan mikro, kecil dan sederhana sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan dan tanpa potongan dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Manakala, semua bentuk premis, termasuklah premis perniagaan yang menerima manfaat moratorium diberikan penangguhan bayaran sewa dan tidak membenarkan tindakan pengusiran atau pengisytiharan muflis selepas moratorium berakhir dalam tempoh 6 bulan tersebut.

Selain itu, NGO juga memohon agar kerajaan memperkenalkan Waktu Anjal Bekerja (WAB) kerana ia dapat mengurangkan kesesakan pada waktu bekerja bagi membendung penularan Covid-19 berbanding memendekkan waktu perniagaan.

 

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 6 Dec 2024

Ketengah Muzik Dari Generasi Berbeza! Hattan, Hazama & Black Bergabung Di Pentas Sama… Hangatkan Konsert Hitam Manis Februari Depan

Konsert Hitam Manis bakal sajikan persembahan istimewa dari 3 figura hebat. Dapatkan tiket segera!

Hiburan Sat, 7 Mar 2026

“Lagu Raya Tak Perlu Terlalu Kreatif!” – Noraniza Idris Puji Lagu Shiha Zikir, Tak Kisah Dilabel Tak Relevan

Menurut Noraniza, lagu raya tidak seharusnya terlalu mengejar trend muzik semasa

Featured Thu, 19 Jan 2023
Featured Mon, 19 Jun 2023
Hiburan Mon, 6 Oct 2025
Trending Sat, 31 Jul 2021

Olimpik Tokyo 2020: Malaysia Raih Pingat Pertama, Beregu Lelaki Bawa Pulang Gangsa

Pasangan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan negara pingat pertama apabila berjaya merangkul gangsa dalam acara beregu lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebentar tadi. Beregu nombor sembilan dunia itu memastikan skuad badminton negara […]

Featured Tue, 31 Jan 2023

Ameera Khan Kembali Dikritik Netizen, Didakwa Sengaja Tunjuk ‘Aset’

Moga LMK kental hadapi kritikan netizen. Jangan Hilang pula okay!

error: Content is protected !!