Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 17, 2021 @ 6:14pm

DJ Cza Bergabung Dengan TujuLoca & MK Dalam Veto

Hip-hop boleh dianggap seperti satu genre muzik yang mampu menyelamat. Ia adalah bunyian yang membina sehingga menjadi kukuh dan tidak termusnah. Ia mampu menaikkan semangat dan mengajar untuk menentang rintangan.

Di kala dunia dilanda pandemik, keselamatanlah yang paling penting untuk kita semua. Oleh sebab itulah DJ Cza, TujuLoca dan MK, bersetuju untuk melancarkan Veto, keluaran Def Jam Recordings Malaysia.

Mereka memberitahu bahawa setiap seorang daripada mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan untuk berada di tahap yang mereka kecapi sekarang.

Satu perkara yang membezakan perjuangan mereka adalah semangat kental yang menghalang mereka dari berputus asa.

Saat ditanya apa erti Veto pada mereka, mereka semua sepakat mengatakan ia membawa erti kuasa. Jika fokus untuk mencapai tujuan dan matlamat, sesukar mana pun cabarannya, kita akan berjaya.

“Veto adalah lagu berunsur motivasi dan rimanya membangkitkan semangat. Ia seolah-olah menciptakan sesuatu daripada kosong dengan cara berfikiran positif dan tidak menoleh ke belakang. Semangat kental ini ketara dalam lagu ini sehinggalah irama muziknya,” kata DJ Cza.

Menurut Tuju pula, Veto diilhamkan dari lagu Dior oleh bekas bintang hip-hop Pop Smoke.

“Sebab itu anda akan mendengar gaya dan lenggok dari ‘Brooklyn drill’ dalam Veto. Sulaman bass dan perkusi yang digabung dengan baik digarap dengan perisa Asia Tenggara menjadikannya satu karya penuh jiwa yang hebat dengan bunyi yang luar biasa,” katanya.

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan berterusan, Veto adalah satu peringatan bahawa harapan masih ada.

Wakil K-Clique, MK dan Tuju memberikan persembahan terbaik dengan sedikit sentuhan nada gospel, sementara Loca B menyelitkan secebis keindahan dalam kuasa persembahannya.

Penulisan lirik Veto yang mengetengahkan pengunaan kasta bahasa yang sukar difahami rata-rata pendengar juga cukup mengagumkan sehingga ada pengguna laman media sosial Twitter cuba mengkaji bait-bait perkataan itu mengikut kefahaman mereka sendiri.

Veto juga diiringi video muzik arahan Shahrin Bahar, yang juga menghasilkan visual hebat lagu Ciao oleh Joe Flizzow.

Dengan tetapan LED 360 darjah, video ini berjaya menzahirkan impak lagu ini ke dalam bentuk visual dengan penuh jaya. Seperti kehebatan audionya, seni visualnya juga canggih dan luar biasa. Ia pasti menarik perhatian dunia umum.

Hasil buah tangan pengarah berbakat itu telah berjaya meraih 300,000 tontonan selepas 3 hari ditayangkan.

Malahan, ada segilintir pencipta kandungan YouTube tanah air juga merakamkan reaksi mereka memperdengarkan lagu dan menonton muzik video yang unik ini buat pertama kali.

Karya hebat ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peminat muzik hip hop terutama sekali pendengar tegar muzik underground.

Ada dalam kalangan mereka yang menunjukkan bakat terpendam dengan memuatnaik versi ‘fresstyle’ mereka sendiri di laman media sosial masing-masing.

Veto sudah berada semua kesemua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala video muziknya boleh ditonton di saluran YouTube Def Jam Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 16 Sep 2018

Remaja Pukul Bapa OKU Kerana Televisyen Ditahan

olis menahan seorang remaja lelaki kerana memukul bapanya menggunakan kayu hoki sehingga cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala dalam kejadian di sebuah flat di Jalan Permatang Pauh di sini Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah […]

Hiburan Mon, 8 Dec 2025
Hiburan Thu, 16 Oct 2025
Featured Tue, 22 Nov 2022

Comelnya! Gelagat Tya Ariffin & Anak Buat Trend TikTok Curi Tumpuan Netizen

Umum mengetahui, anak-anak kepada selebriti Tya Ariffin sering mencuri tumpuan netizen dengan kecomelan mereka. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik sendiri oleh Tya di laman TikToknya sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Menerusi hantaran itu, […]

Hiburan Mon, 29 Dec 2025

Dia Juga Layak Diraikan” – Abby Abadi Simpan Angan-Angan, Mahu Adakan Majlis Perkahwinan Indah Buat Marissa Dania

Abby Abadi mohon doa, berhasrat adakan majlis perkahwinan indah buat Marissa Dania

Selebriti Thu, 30 May 2024
error: Content is protected !!