Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 17, 2021 @ 6:43pm

Selamat Bersalin 16 Mei Lalu, Miera Leyana Belum Bersedia Kongsi Wajah Anak

Pelakon Miera Leyana selamat melahirkan bayi sulungnya pada 16 Mei lalu.

Memaklumkan khabar terbabit selepas sebulan melahirkan cahaya mata, Miera tidak berniat untuk menyembunyikan berita gembira ini.

“Saya lebih selesa untuk memberikan fokus kepada proses bersalin. Ini pengalaman kali pertama bergelar ibu, jadi saya mahu semuanya berjalan lancar dan tidak terganggu dengan hal-hal lain.

“Bukannya tak nak berkongsi tentang berita baik ini tetapi kalau boleh biarlah saya melalui momen-momen itu tanpa media sosial. Saya nak fokus. Sampai masanya nanti saya akan kongsikan segala-galanya,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Pecah ini menghormati permintaan suaminya untuk tidak mendedahkan wajah bayi mereka.

“Cukup empat bulan baru kami akan tunjuk muka bayi, buat masa sekarang biarlah jadi tanda tanya dahulu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun ada sedikit perasaan gemuruh sebab ini kali pertama saya.

“Suami saya pun dibenarkan untuk menemani saya sepanjang proses bersalin selepas melakukan swab test dan menurut segala prosedur pihak hospital.

“Lebih tenang apabila ada suami di sisi walaupun ahli keluarga tak dibenarkan melawat, saya akur dengan situasi semasa sekarang.

“Apapun saya bersyukur proses itu berjalan lancar dan saya sekarang sudah bergelar ibu,” katanya lagi.

Miera, 27, dan suami, Rosland Othman berkenalan pada 2016 sebelum mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 29 Apr 2020
Hiburan Thu, 9 May 2024
Featured Wed, 26 Feb 2025

Bayar Denda Sebanyak RM3,000… Kes Khalwat Ruhainies, Aliff Aziz Selesai?

Pasangan terbabit membayar denda sebanyak RM3,000 setiap seorang berhubung kes khalwat.

Hiburan Mon, 13 Mar 2023
Hiburan Thu, 23 May 2024

Cuaca Panas Cecah 45.9 Darjah Celsius, Shah Rukh Khan Rebah Akibat Diserang Strok Haba

Alamak, hero Bollywood kita! 😣 Semoga baik baik saja

Featured Wed, 12 Apr 2023
Hiburan Sun, 18 Aug 2024
Hiburan Mon, 25 May 2026
error: Content is protected !!