Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd June 21, 2021 @ 4:22pm

“Beautiful Name” – Nama Anak Ketiga Lisa & Yusry Curi Perhatian Ramai

Pasangan selebriti Datuk Yusry Abdul Halim dan isterinya, Datin Lisa Surhani akhirnya mengumumkan nama anak ketiga mereka selepas seminggu menimang cahaya mata pada 15 Jun lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Lisa mendedahkan anak ketiganya itu diberi nama Yunos Laith.

Pelakon filem Istanbul Aku Datang ini turut berkongsi maksud nama anaknya itu.

Bersama dengan hantaran terbabit, Lisa turut berkongsi gambar ketiga-tiga anak mereka iaitu Yahaira Leanne, Yusuf Leonne dan Yunos Laith.

Perkongsian itu ternyata mencuri perhatian ramai apabila ramai yang memuji keindahan maksud nama Yunos Laith.

Menurut Lisa lagi, nama anak ketiganya itu diambil sempena nama Nabi Yunus manakala Laith bermaksud keberanian.

Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada Februari 2012.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Yahaira Leanne, 6 dan Yusof Leonne kini berusia empat tahun.

Semoga dengan kehadiran Yunos menyerikan lagi rumah tangga mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 31 Oct 2020
Featured Tue, 14 Oct 2025

Sarat Peringatan Yang Hebat, Abby Abadi Suka Nasihat Ayah Amira Othman – “Ayah Macam Ni Lah Yang Buat Anak Terdidik Dengan Baik”

Kata Abby, kata-kata yang keluar dari mulut bapa kepada penyanyi itu sarat dengan peringatan yang hebat.

Featured Wed, 15 Apr 2020
Trending Thu, 22 Aug 2019

68 Penerbangan Masih Mengalami Gangguan Sistem

Memandangkan sistem masih ada gangguan jangan lupa datang ke KLIA awal ye

Featured Mon, 5 May 2025
Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Featured Thu, 19 Oct 2023

Sering Kongsi Isu Palestin, Hantaran Di IG Siti Nurhaliza Sudah Mula Disekat!

Moga urusan Tokti dan saudara kita di bumi Palestin dipermudahkan❤️❤️❤️

error: Content is protected !!