Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin June 24, 2021 @ 3:00pm

Segera Beri Bantuan Secara Tunai Kepada Isi Rumah – Pakar

Terdapat keperluan mendesak bagi pemberian bantuan tunai kepada isi rumah yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Ianya susulan terdapat segelintir ibu tunggal yang begitu terkesan yang terpaksa meminta bantuan daripada orang ramai dan hanya mengharap bekalan bantuan zakat bernilai RM500 untuk menampung hidup bersama lima orang anaknya.

Menurut Penolong Profesor Ekonomi Asia School of Business (ASB), Dr Melati Nungsari berkata, pemberian tunai kepada isi rumah yang terlibat ini perlu disegerakan berikutan keadaan sekatan tambahan dan kemelesetan ekonomi yang berlaku sekarang.

“Ia bukan hanya pembayaran sekali sahaja. Kita perlu menyasar melangkaui kumpulan berpendapatan B40 dan perlu bermurah hati”

“Pengkritik mungkin akan berkata ia melibatkan kos yang tinggi dan ia sememangnya tinggi, tetapi saya percaya kos sebenarnya akan menjadi lebih tinggi bagi tempoh jangka panjang jika ia tidak dilakukan,” katanya.

Menurutnya, data terkini daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa 10 peratus daripada isi rumah dalam kumpulan pendapatan M40, mengalami penurunan pendapatan dan ianya perlu ditangani dengan kaadar segera.

Ini kerana, keperluan orang adalah pelbagai sebagai contoh, ada orang yang perlu membayar bil telefon, pendidikan anak-anak termasuklah sewa. Justeru itu, pemberian wang tunai akan sangat membantu individu tersebut sekaligus mereka dapat menyalurkannya kepada keperluan-keperluan penting harian merek.

 

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Jun 2024

Dina Nadzir Tak Setuju Segelintir Selebriti Guna Isu Kesihatan Mental Bagi Tujuan Lain 

Tak baik tau guna isu kesihatan mental semata nak promosi sesuatu benda

Trending Mon, 1 Oct 2018

Sanggup Bergadai Nyawa Demi Ratusan Penumpang, Hero Palu Ini Akan Terus Diingati

Anthonius tidak menghiraukan keselamatannya dan dia terus membantu pesawat 6321 Batik Air berlepas dengan selamat.

Trending Thu, 19 Sep 2019

The Best Korean Food and Most ‘Seoul-tastic’ Experience in ‘Seoul Culture Showroom KL’

Kimchis, hanboks and K-Pops; Seoul Culture Showroom in Kuala Lumpur is a rendezvous for the best South Korean learning escapade.

Featured Thu, 1 Dec 2022
Hiburan Fri, 7 Jul 2023
error: Content is protected !!