Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin June 25, 2021 @ 1:46pm

5 Inisiatif Tambahan Disediakan Bantu Golongan Terjejas

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, berkata pihaknya menyediakan lima inisiatif tambahan bagi meneruskan agenda prihatin rakyat seperti mana ditetapkan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), khususnya dalam meringankan beban kewangan golongan sasar.

Ia termasuklah,  penangguhan bayaran balik pinjaman perumahan Yayasan Wilayah Persekutuan bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selama enam bulan.

Pengurangan sehingga 50 peratus

Selain itu, pengurangan sebanyak  50 peratus bayaran sewa bulanan PPR MTEN, PA DBKL dan PA Perbadanan Labuan (PL) bermula dari Jun hingga Disember ini.

 

Bagi menyokong kelangsungan perniagaan di Wilayah Persekutuan, pihak DBKL dan Perbadanan Putrajaya (PPj) juga memberi rebat cukai taksiran tahun ini bagi premis perniagaan komersial tertentu. Ia membabitkan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), hotel dan pusat beli-belah di Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Beliau berkata, bayaran cukai taksiran 2021 DBKL, PPj dan PL juga diberi penangguhan sehingga Disember ini selain pengecualian penalti denda lewat cukai taksiran tertunggak tahun lalu dan tahun ini yang memberi manfaat kepada semua pemilik kediaman dan premis komersial di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

 

Sumber : BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 13 Jul 2023

Matin Cemburu Mummy Nyanyi Dengan Dekta… Pandai Ambil Hati Anak, Watie Hanifiah Raih Pujian Netizen!

Usahawan dan isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah sekali lagi meraih perhatian peminat selepas memuat naik sebuah video di media sosialnya. Menerusi perkongsian di Instagram, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah sedang cuba […]

Featured Thu, 11 Jun 2026

“Doakan Kami! Dalam Dada Ni Macam-Macam Rasa” – Isteri Achey Kembali Jalani Rawatan IVF

Pasangan ini memohon doa orang ramai agar urusan IVF isterinay dipermudahkan.

Hiburan Wed, 14 Feb 2024
#LaguXTRA Thu, 27 Apr 2023
Trending Fri, 18 Mar 2022

Ini 7 Sebab Kenapa Kami Suka Corvan 2-in-1 Vacuum & Mop K18, Sangat Memudahkan Urusan Harian!

Bila sebut tentang vakum tanpa wayar atau cordless vacuum mesti ramai yang dah tahu seberapa bagus dan bagaimana ia boleh memudahkan kerja-kerja mengemas. Tak payah dah nak tarik wayar panjang-panjang dengan bunyi bising sampai menggangu keselesaan orang […]

error: Content is protected !!