Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 14, 2024 @ 5:40pm

Akui Mudah Terpengaruh Dengan Keuntungan Besar, Watie Hanifiah Jadi Mangsa ‘Scammer’ Pelaburan… Lesap RM100,000!

Isteri pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan dirinya kerugian sebanyak RM100,000 selepas menjadi mangsa ‘scammer’ pelaburan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Watie berkata dia mendapat berita ditipu pada hari yang sama kehilangan akaun Instagram miliknya, sebelum berangkat terbang ke China.

Di ruangan kapsyen, Watie menceritakan momen ketika dia memohon maaf kepada suaminya, Shuib yang seakan mengetahui pelaburan jumlah besar itu mengalami kerugian.

“Hari Mummy nak fly ke China hari tu jugak IG Mummy Suspended. Masa tu kat otak tengah runsing pasal kerja-kerja yang akan tertangguh sebab ada dua ke tiga kontrak yang baru sign.

“Time ni dah rasa mungkin Allah nak Mummy tumpukan sepenuh perhatian dekat Family.. No social media dah sebab bila Mummy busy, anak-anak akan complain kenapa Mummy tak dapat hantar dan ambil balik sekolah.

“Dan hari yang sama juga Mummy dapat berita yang Mummy dah kena scammmm RM100,000. Bayangkan lah perasaan,mana nak kena fly malam tu…

“So sebelum Mummy fly tu Mummy teruslah minta ampun dan maaf dekat Daddy… Ayat Mummy masa tu ‘Daddy I minta maaf tau kalau ada benda yg I tak dengar nasihat Daddy..

“Time tu Daddy terus tanya.. ‘kenapa? Pelaburan you dah hangus ke?’ sebab itu je lah benda yg Mummy tak dengar cakap Daddy.. Yang lain semua Mummy dengar cakap. So memang Daddy dapat agak dah…,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Watie mengakui kejadian tersebut merupakan kekhilafan dirinya sendiri yang mudah terpengaruh apabila mendengar keuntungan pelaburan besar.

Bagaimanapun, Watie berkata isu ini memberi 1001 pengajaran buatnya untuk lebih berhati-hati dan mendengar nasihat suami.

“Biasalah perempuan kan…Bila ada pendapatan sendiri macam tu lah…Mummy pula memang sejenis pantang dengar bab-bab melabur yang mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda.. Sudahnya hari-hari lah Mummy kena perli dgn Daddy..

“Daddy cakap ‘You pergilah main kutu b*bi lagi. Tapi kat situ Mummy belajar, lain kali jangan derhaka cakap suami..

“Kalau suami kata No means No..Jangan pujuk sampai dia kena paksa cakap yes.

“And untuk tak bagi Daddy marah, Mummy cakap kat Daddy, ‘I reda sebab I tahu Allah boleh bagi dan boleh ambil bila-bila dia berkehendak..

“Jadi siapa kita nak menangis dan mengeluh’. So Daddy pun sejuk hati dan Mummy pun lalui hidup Mummy mcm biasa,” akhirnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ramai yang membanjiri kata-kata semangat buat Watie agar tidak terus patah semangat saat diuji sebegitu rupa.

Watie Hanifiah

Watie Hanifiah

Artikel Berkaitan: Manis Bersuap Dengan Shuib, Wajah Talita ‘Mood Swing’ Bawah Panas Terik Jadi Perbualan Netizen… Watie Hanifiah Tampil Bersuara

Artikel Berkaitan: “Ada Good News Ke Tu?”-Kongsi Video Sweet, Netizen Dakwa Watie Hanifiah Kini Hamil… Lagu Background Seakan Beri ‘Hint’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 20 Oct 2020

Solat Jumaat dan Nikah Di Negeri Selangor Hanya Dibenarkan Di Zon Hijau

Take note korang yang nak nikah dekat Selangor tu..

Trending Wed, 14 Oct 2020
Hiburan Tue, 7 Nov 2017

KAHWINI ERRA TAHUN DEPAN, MUKTAMAD! – SHAHIR

Beberapa hari lepas kita sering melihat turun naiknya “headline” mengenai gosip peserta AF Megastar , Shahir Zawawi. Mengulas lanjut kenyataan berhubung gosip adakah pramugari yang dikenali sebagai Mona itu adalah kekasihnya?

Trending Tue, 7 May 2019

辣妈边生孩子边化妆!阵痛时就由丈夫代劳

在车上化妆已经不算什么!一名来自纽约的化妆师为了保持完美形象,在等待生产时竟然边忍着阵痛边化妆。

Hiburan Sat, 16 Aug 2025

“Awak Tak Bawa Manfaat Pun, Jangan Dekat Dengan Anak Saya!” – Luah Rasa Berang, Hantaran Media Sosial Rita Rudaini Raih Perhatian

Rita Rudaini menyifatkan individu tersebut tiada sebarang hak untuk berada dalam kehidupan anaknya itu

Featured Thu, 12 Jan 2023

‘This Is Ernie Zakri Showcase’ Berjaya Menambat Hati 200 Peminat Bertuah

Kelunakan dan lontaran vokal mantap Ernie memang tak dinafikan power! Looking forward for next concert berskala besar! Axiata kan? Janjiiii 🤣🤪

Trending Fri, 8 Jan 2021
#tilljannah Sun, 14 Aug 2022

Dengan Sekali Lafaz, Aizat Amdan Selamat Bergelar Suami!

Alhamdulillah, tahniah Aizat & Elyssa!

error: Content is protected !!