Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 26, 2021 @ 2:39am

J2: J Retribusi Tembusi Pasaran Brunei

J2: J Retribusi kini tembusi Brunei! Sejarah buat filem aksi pertama Malaysia tahun ini apabila berjaya menembusi pasaran Brunei. Filem yang telah ditayangkan di platform penstriman Disney+ Hotstar ini akan menemui peminat di pawagam Brunei bermula 24 Jun 2021.

Menurut Datuk Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad & Primeworks Studios:

“Industri filem dan pawagam kini berhadapan dengan cabaran paling getir di kala pandemik COVID-19 masih berleluasa. Ia penting untuk kami menyusun strategi dan mencari peluang untuk terus berhubung dengan penonton kami, sama ada di dalam mahu pun luar negara.

“Tayangan J2: J Retribusi dimulakan menerusi pelantar penstriman Disney+ Hotstar Malaysia pada 1 Jun 2021 lalu dan di Indonesia pada 2 Julai 2021. Kini, Brunei merupakan negara pertama yang menayangkan J2: J Retribusi di 8 buah pawagam di sana.

“Kami amat teruja dengan kolaborasi strategik ini dan mengharapkan sambutan yang positif daripada kalangan peminat filem aksi di situ,” katanya.

J2: J Retribusi merupakan sekuel kepada filem J Revolusi yang ditayangkan pada tahun 2017. Ia menampilkan dua pengarah berpengalaman dalam filem-filem aksi iaitu Nazrul Asraff Mahzan dan Nazim Shah dengan gandingan bersama penulis skrip hebat iaitu Alfie Palermo, Azhar Amirulhisyam dan Anwari Ashraf serta barisan pelakon tanah air yang popular, Zul Ariffin, Amelia Henderson, Allahyarham Ashraf Sinclair, Datuk Rosyam Nor, Ainin Batrisya dan Chen YiMing, seorang pelakon dari China.

Sudah pasti gandingan mantap ini bakal mencipta fenomena tersendiri dalam kalangan peminat filem aksi di Brunei. Filem ini mengisahkan Jay Zulkarnain (Zul Ariffin), seorang bekas ketua pegawai Unit Tindakhas (UTK) yang kini menjadi pengawal peribadi kepada usahawan terkenal Datuk Hashim (Rosyam Nor), melawan masa untuk menyelamatkan beliau dan anaknya Nadi (Ainin Batrisya), dari sekumpulan penjenayah yang diketuai oleh Taufiq (Allahyarham Ashraf Sinclair).

Jay, menjadi harapan mereka untuk menentang penjenayah bersama Chang (Chen YiMing) yang juga merupakan pengawal peribadi dengan pengurus hotel, Amy (Amelia Henderson) untuk memastikan semua tebusan dalam keadaan selamat.

Penggambaran J2: J Retribusi telah dijalankan pada tahun 2019 di Johor Bahru, Johor. Ini merupakan gandingan pertama bagi Zul Ariffin dan Allahyarham Ashraf Sinclair, masing-masing memegang watak utama dan antagonis.

Komitmen dan lakonan mantap Allahyarham dalam filem terakhirnya pasti tidak mengecewakan peminat. Menariknya filem ini menyaksikan Zul Ariffin dan Allahyarham Ashraf Sinclair telah melakukan sendiri aksi lagak ngeri seperti membawa sendiri bot untuk babak penting dalam filem ini. Komitmen dan fokus yang diberikan oleh kedua-dua pelakon hebat ini membuatkan filem ini lebih padat, seiring dengan filem antarabangsa.

J2: J Retribusi merupakan arahan pertama bagi kedua-dua pengarah, Nasrul Ashraff Mahzan dan Nazim Shah yang sangat berpengalaman dalam industri produksi filem. Nasrul Ashraff Mahzan yang juga dikenali sebagai ‘Uncle’ mempunyai pengalaman yang luas dari segi penataan seni filem-filem blockbuster Malaysia.

Antaranya adalah J2: J Retribusi, Sangkar, Polis Evo 1 & 2, Bikers Kental 2 dan Tombiruo. Nazim Shah penerima Anugerah Penyunting Terbaik Filem J Revolusi di Festival Filem Malaysia pada 2017 dan juga penyunting bagi filem J2: J Retribusi. Beliau juga telah menyunting filem pecah panggung seperti Polis Evo, Polis Evo 2 dan Tombiruo.

Sejak ditayangkan di platform penstriman Disney+ Hotstar Malaysia, filem ini mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Menerusi tinjauan di media sosial, rata-ratanya menyukai jalan penceritaan dan juga koreografi pertarungan yang padat dapat ditonjolkan di dalam filem ini setanding dengan filem luar negara.

Filem wajib tonton ini juga mendapat bimbingan dari (Caspar) Keung Kam-Kui yang merupakan pengarah aksi dan juga sebagai koreografer pertarungan dari negara Hong Kong. Beliau terkenal dengan kerja-kerja koreografi yang sangat tajam dan ‘camerawork’ yang sangat mengagumkan. Antara filem luar negara yang mendapat sentuhan beliau adalah Coweb (2009), The Legend Is Born – Ip Man (2010) and Trivisa (2016).

Peminat juga pastinya akan terhibur dengan runut bunyi yang bertajuk Ralit, sebuah lagu rap yang dinyanyikan oleh Tuju dan menampilkan Malik Abdullah yang disunting sebagai lagu tema filem aksi J2: J Retribusi.

Bukan sekadar rap, Tuju memiliki vokal nyanyian yang cukup mengagumkan dengan tona suara serak Manakala, Malik dengan pesona tersendiri dalam menghidupkan sesebuah lagu. Ralit mendapat sentuhan gubahan dari komposer muda Ming dan Wolfy, sebuah lagu sangat jelas dan memiliki kekuatan baik dari segi melodi dan juga liriknya di mana ianya sangat bertepatan dengan konsep film yang padat dengan aksi.

Video muzik Ralit boleh ditonton di YouTube TV3 Malaysia dan boleh didengarkan di Spotify, Apple Music, Deezer, Joox, KKBox, YouTube Music dan iTunes.

J2: J RETRIBUSI akan ditayangkan di pawagam-pawagam Brunei seperti berikut:
The Mall Cineplex, Gadong
Times Cineplex, Times Square
Times Cineplex, Tutong
Times Cineplex, Kuala Belait
Times Cineplex, Empire
One Cineplex
Aman Hills
The Grandstand Cinema

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 3 Jun 2025

“Beraninya Mereka Jadikan Neraka Sebagai Gurauan”- PU Syed

PU Syed tampil menegur tindakan seorang pempengaruh dari negara Indonesia yang menjadikan neraka sebagai bahan gurauan.

Featured Sun, 10 May 2026

“Tak Semua Orang Tahu Betapa Penatnya Menjadi Kuat Setiap Hari” – Gagal Tahan Sebak, Puteri Sarah Akui Anak-Anak Sumber Kekuatan

Puteri Sarah Liyana gagal menahan sebak ketika berkongsi antara kekuatan yang membuatkan dirinya terus bertahan sehingga ke hari ini.

Selebriti Tue, 17 Oct 2023

“Ustaz Zaman Kini Ada Yang Aneh-Aneh” – Isu Akad Nikah Tak Sah, Fasha Sandha Pertahan Sabri Yunus, Angeline Tan

Diorang dah bernikah. Apahal kamu nak menuduh-nuduh pula ni – Fasha Sandha

Featured Thu, 11 Jan 2024
Featured Fri, 19 Aug 2022

Instagram Dibanjiri Ucapan Tahniah, Ramai Bangga Syamsul Yusof Terima Lamaran Pembikinan Filem Epik Cecah Ratus Juta Ringgit

Fuhhh, tak sabar rasanya nak tengok hasil mantap Syamsul Yusof buat filem epik sejarah Melaka! Alhamdulillah rezeki buat keluarga tersayang kann 🤩☺️☺️

Hiburan Sun, 17 Apr 2022
Featured Fri, 1 Oct 2021

BPR Tambahan: Semak Tarikh Rasmi & Jumlah Bayaran Mengikut Kategori Oktober Ini

Umum maklum, penerima BPR yang telah lulus rayuan akan menerima pembayaran pada 28 September bagi bank BSN, manakala bagi bank-bank lain pula bermula pada 4 Oktober 2021. Semakan status bayaran boleh dibuat melalui laman web […]

Events Thu, 21 Apr 2022

Empat Peguam Pemerhati TMJ Dibenarkan Ikuti Kes Perbicaraan #JusticeForBella

Selepas perbincangan diantara Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya, Che Puan Khaleeda bersama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun pada Selasa, hari ini Mahkamah Sesyen telah membenarkan […]

error: Content is protected !!