Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 5, 2021 @ 1:18pm

TMJ Sifatkan Tindakan ‘Kurung’ Rakyat Sudah Tidak Relevan, Bimbang Rakyat Alami Masalah Mental

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpendapat tindakan kerajaan mengurung rakyat tidak lagi relevan selain perlu mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP).
Baginda dalam masa sama turut mengarahkan seluruh pentadbiran kerajaan negeri Johor agar dapat mempercepatkan inisiatif memerangi wabak COVID-19 di negeri itu.
“Saya berpendapat bahawa SOP patut dikaji semula secara holistik dan berasaskan data yang sahih. Setakat mengurung rakyat sudah tidak lagi relevan,” titah baginda seperti yang dimuat naik menerusi hantaran di laman Facebook rasmi miliknya.

Kredit foto : Facebook @HRH Crown Prince of Johor

Baginda juga berpendapat bahawa, penggunaan ‘rapid test kit’ dan test kit peribadi juga perlu diperkenal secepat mungkin dan digunakan secara meluas khususnya untuk sektor-sektor yang penting.
Justeru itu, baginda berharap agar krisis Covid-19 ini dapat diatasi dengan kadar segera.
Sumber :  Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 Mar 2022
Featured Tue, 28 May 2024
Hiburan Fri, 6 Feb 2026

Aya Amiruddin Kesal Wajah Dikritik, Disamakan Dengan Rohingya

Aya Amiruddin meluahkan rasa kesal apabila menjadi sasaran kecaman netizen yang mempersoalkan rupa parasnya

Hiburan Thu, 25 Apr 2024
Featured Wed, 10 Sep 2025
error: Content is protected !!