Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd July 6, 2021 @ 5:06pm

Cara Mohon Elaun RM600 Kepada Golongan Hilang Kerja Bukan Pencarum PERKESO, Graduan Baru

Menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kerajaan akan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) terutamanya golongan yang hilang pekerjaan, graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kumpulan itu boleh mendaftar di bawah platform MYFutureJobs dan bakal menerima elaun sekurang – kurangnya RM300 sebulan untuk tempoh 2 bulan.

“Kerajaan akan memperuntukkan RM125 juta melalui HRD Corp. untuk melaksanakan inisiatif Place and Train di bawah program Janapreneur terutamanya kepada belia lepasan sekolah dan graduan

Syarat Kelayakan

Syarat Kelayakan Umum :

  • Golongan yang hilang pekerjaan dan tidak dilindungi oleh Sistem Insurans Pekerjaan (PERKESO).
  • Golongan yang menganggur.
  • Berdaftar dan aktif menjalankan aktiviti mencari pekerjaan melalui portal MyFutureJobs.
  • Menghadiri temuduga PERKESO.

Bagi melayakkan mereka menerima bantuan ini, pemohon perlu :

  • mendaftar di portal pekerjaan MYFutureJobs yang diuruskan PERKESO agar usaha pencarian pekerjaan mereka dapat dibantu dan dipantau oleh PERKESO.
  • menghadiri sekurang-kurangnya tiga temuduga dalam sebulan, sama ada secara fizikal atau dalam talianNilai Bantuan / Insentif Yang Diterima

Pemohon yang memenuhi syarat-syarat ini dan membuat pendaftaran akan melayakkan mereka menerima insentif EMP sebanyak RM300 sebulan selama tempoh 2 bulan.

O

Sekiranya pencari kerja berjaya memperoleh pekerjaan melalui portal MYFutureJobs, insentif tambahan sebanyak RM400 akan diberikan kepada mereka.

Tarikh Pendaftaran

Pendaftaran untuk program ini akan bermula pada 15 Julai 2021.

Cara Pendaftaran Elaun Mencari Pekerjaan PERKESO

Cara pendaftaran secara online akan dibuka melalui laman web PERKESO mulai 15 Julai 2021.

Sumber: Kenyataan Media PERKESO (PEMULIH) https://www.perkeso.gov.my/images/kenyataan_media/2021/010721_-_Kenyataan_Media_PEMULIH_PERKESO.pdf?fbclid=IwAR2tntGPtObBv-_vlzkhD3tgvyWu4iMtRwCVEL-VqHhWHmSQKFx_K60GEQc

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 28 Jul 2025
Hiburan Tue, 2 Jan 2024
Featured Tue, 19 Mar 2024

“Puteri Sarah Menantu Baik, Kebahagiaannya Tergugat Sebab Penyondol Yang Kejam” – Patimah Ismail

Salute! Datin dengan Datuk ni memang contoh terbaik mentua sedunia lah❤️

Featured Sat, 24 May 2025

Putri Dahlia Tak Mahu Campur Tangan Isu Rumah Tangga Ibu, Hanya Mahu Nora Ariffin Bahagia

Kemelut rumah tangga ibu dan ayah tirinya adalah hal melibatkan orang dewasa.

Hiburan Tue, 14 Apr 2026

“Saya Memang Ibu Tegas” – Intan Najuwa Akui Garang Demi Didik Lunara, Elak Terlalu Manja

Pelakon, Datin Intan Najuwa mengakui dirinya seorang ibu yang tegas dan tidak teragak-agak untuk memarahi anak sulungnya, Lunara, demi membentuk disiplin sejak kecil. Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa […]

error: Content is protected !!