Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin July 7, 2021 @ 7:30pm

Benarkan Pengeluaran i-Citra Secara Sekaligus Berbanding Secara Bersasar

Kerajaan diminta membenarkan pengeluaran wang menerusi i-Citra secara lump-sum atau sekaligus sebanyak RM5, 000 berbanding berkala setiap bulan.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kaedah itu akan memberi ruang kepada rakyat untuk merancang perbelanjaan.

Bagaimanapun,sekiranya pihak yang berwajib tetap mahu menetapkan pengeluaran berkala, pembayaran pertama perlu dibuat dalam jumlah yang tinggi.

“Sebagai contoh، sekurang-kurangnya RM2,000 bayaran pertama dibenarkan bagi membantu rakyat yang punya komitmen tertunggak bahkan amat terdesak kerana keadaan mereka lebih parah berbanding PKP 1.0 dahulu,” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Selasa.

Selain itu,  had pengeluaran juga sepatutnya tidak terhad kepada RM5,000 kepada semua ahli sebaliknya pengeluaran i-Citra adalah berdasarkan baki simpanan setiap ahli.

“Polisi one size fits all atau ‘satu saiz muat untuk semua’ tidak wajar diaplikasikan, sebaliknya harus dibenarkan had pengeluaran dengan kadar lebih tinggi sehingga sekurang-kurangnya RM10,000 ke RM20,000 kepada pencarum yang ada baki simpanan RM100,000,” tambahnya.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga diseru untuk membenarkan akses ke Akaun 1 berbanding kaedah mengutamakan penggunaan Akaun 2.

Manakala, pembayaran sebaiknya dibuat pada 7 Julai ini bagi pengeluaran pertama tanpa perlu proses dan kelulusan yang mengambil masa yang panjang.

 

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Jun 2023
Hiburan Mon, 27 Apr 2026

Netizen Nasihat Anak Norish Karman Jangan Memilih Kerja, Bantu Cari Rezeki Keluarga – “Lifestyle Macam T20, Tapi…”

netizen menitipkan pesanan kepada Amanda untuk berusaha keras mencari kerja dan tidak memilih

Featured Tue, 22 Jun 2021

Akhirnya..Selepas 10 Tahun Menyepi, Ini Khabar Terbaru Anita Sarawak!

Sedekad yang lalu, penghibur popular Anita Sarawak, tiba-tiba menyepi daripada dunia hiburan. Perkhabaran terakhir daripada adiknya, Noorkumalasari mengatakan beliau kini bermaustatin di luar negara bersama suaminya, Mahathir. Terbaru, seorang wartawan hiburan bernama Shuib Taib akhirnya […]

Featured Fri, 24 Jun 2022

“Tak Mahu Tanggung Beban” – Syukur Boleh Tarik Nafas Lega, Konflik Shila Amzah & Media Selesai!

Alhamdulillah… seronok je kan bila masing-masing dah berbaik 😊

Featured Mon, 22 Jan 2024

“Saya Tak Boleh Hidup Tanpa Dia” – Izzue Islam Menangis, Sanggup Doa Minta Meninggal Dunia Bersama Dengan Isteri

Sebaknya! Macam cerita Habibie & Ainun pulak dah😭😭😭Moga Izzue & Awin bahagia sampai syurga.

Hiburan Mon, 4 Dec 2023
error: Content is protected !!