Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 11, 2021 @ 3:35pm

Benjy Meninggal Dunia Di Medan Akibat Asma

Pelakon Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 43, meninggal dunia akibat penyakit asma di sebuah hospital di Medan, Indonesia, pagi tadi.

Khabar duka pemergian anak kepada Allahyarham Azean Irdawaty ini tular dalam kalangan rakan artis dan ia dipercayai daripada makluman bapanya, Khairil Anwar Zainal Muktar Rashidi.

“Ben meninggal dunia di sebuah hospital di Medan akibat serangan asma, hari ini,” kata Khairil menerusi mesej yang dikirimkan di aplikasi WhatsApp.

Terdahulu, arwah Benjy dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu di Indonesia pada 2017.

Bintang utama drama bersiri Kerana Cintamu Saerah ini menjalani hukuman di Penjara Tanjung Gusta, Medan.

Allahyarham Benjy pernah mendirikan rumah tangga dengan Safiya Stephanie Kar-Leng Lee pada Februari 2004.

Bagaimanapun, mereka bercerai pada 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Firdaus Juan Benjamin, 16.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Apr 2022
Featured Wed, 13 Sep 2023
Featured Fri, 26 Nov 2021
Trending Fri, 6 Aug 2021

“Bakal Dibedah & Dikomakan Untuk Selamatkan Bayi Dalam Kandungan” – Shuib Harap Ada Keajaiban Buat Siti Sarah

Ya Allah, semoga Siti Sarah Raisuddin & Kandungan diberikan afiyah. Aamiin ♡

Featured Tue, 9 Sep 2025

“Malulah Hidup Atas Duit Perempuan”- Hantaran Di Threads Curi Perhatian, Abby Abadi Perli Siapa?

Abby secara sarkastik berkata, individu berkenaan sepatutnya malu kerana hidup atas tanggungan dan duit perempuan.

error: Content is protected !!