Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 10, 2023 @ 12:28pm

“Berkat Ramadan & Solat Tahajud, Segalanya Dipermudahkan” – Puteri Sarah Bakal Sambut Syawal Dengan Lebih Tenang

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, gembira bakal menyambut ketibaan Syawal dengan lebih tenang.

Menurut Puteri Sarah, dia menzahirkan rasa syukur apabila urusan perceraiannya dipermudahkan dan ketenangan dicari sudah pun ditemui.

“Sambutan raya saya akan lebih gembira dan tenang. Apa yang penting saya tak mahu bermusuh dan berdendam. Itu sahaja.

“Sebelum ini banyak benda tak terjawab. Sekarang ini sudah terjawab. Saya hanya mahu ketenangan. Alhamdullillah saya sudah dapat.

“Anak-anak juga tiada masalah beraya dengan dia, kalau Syamsul beri kerjasama, saya pun akan beri kerjasama. Tiada apa nak bermusuhan dan bergaduh. Semua sudah selesai, demi kebaikan anak-anak.

“Saya okay sahaja, saya tak nak lebih-lebih pun. Apa yang penting, dia pun dapat jumpa anak,” katanya kepada XTRA.

Tambah pelakon drama bersiri Suri Hati ini, perbincangan malam semalam juga berlaku pada saat akhir, namun dia enggan menceritakan secara jelas mengenai butir perbincangan dan siapa yang hadir pada pertemuan terbabit.

Tambah Puteri Sarah lagi, semuanya dipermudahkan berikutan keberkatan Ramadan.

“Berkat Ramadan dan solat tahajud segalanya dipermudahkan hari ini,” katanya.

Dalam prosiding hari ini, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin manakala peguam syarie Azmi Mohd Rais mewakili Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39.

Pagi tadi, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini menetapkan 18 April ini untuk Syamsul melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas menetapkan tarikh itu, selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian antara kedua-dua pihak.

Bagaimanapun terma-terma penyelesaian akan dimaklumkan pada tarikh tersebut yang mana ia akan direkodkan.

Antara terma-terma penyelesaian itu ialah hadanah, nafkah anak, mutaah, nusyuz dan harta sepencarian.

Terdahulu, media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.

Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Krisis Perkahwinan Bakal Dinoktahkan, Syamsul Yusof Setuju Cerai Puteri Sarah 18 April Ini

ARTIKEL BERKAITAN: “Hadanah, Nafkah Anak, Nusyuz… Tunggu Minggu Hadapan” – Peguam Syamsul Yusof

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

JKP merangkumi anggota keluarga yang rapat dengan pasangan dan mereka dilantik bagi memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah Bersyukur Syamsul Yusof Setuju Mahu Lafaz Cerai – “Kita Sudah Boleh Terus Move On, Tak Perlu Pening-Pening”

Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 28 Oct 2019

Bayi Malang Maut, Dipaksa Minum Air 19 Liter Oleh Ibu Sendiri

Mengaku Tertekan Kerana Mahu Diceraikan Suami

Hiburan Tue, 17 Apr 2018

Azira Shafinaz Akhirnya Nak Kahwin!

Menurutnya, beliau tidak akan melangsungkan majlis pertunangan seperti kebiasaan orang Melayu dan hanya terus melangsungkan perkahwinan sahaja. Wow!

Trending Thu, 14 Feb 2019
Featured Thu, 12 Aug 2021

Kes Kematian Wanita Hamil Naik Mendadak, Dr Hisham Minta Golongan Ini Segera Divaksin

Berikutan peningkatan kes kematian dan jangkitan teruk yang melibatkan wanita hamil telah meningkat secara mendadak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menyeru semua ibu hamil untuk mengambil vaksin. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham […]

Events Tue, 14 Aug 2018

Berhenti Berlakon Tidak Sekali! – Tony Eusoff

Terbaharu, Tony Eusoff kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Viu yang bakal disiarkan di saluran ntv7 berjudul, Jibril. 

error: Content is protected !!