Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd July 13, 2021 @ 3:41pm

“Binatang Pun Sayang Anak..”- Kanak-Kanak OKU Didera Dengan Kejam, Ramai Tuntut #JusticeForBella

Tular di media sosial mengenai kes penderaan melibatkan seorang kanak-kanak Sindrom Down yang dikenali sebagai Bella.

Berita tersebut mulai tular apabila kisah itu dikongsikan oleh Mona Din yang juga seorang usahawan di laman Facebook beliau. Beberapa video yang dimuat naik menunjukkan Bella mengalami kesan lecur atau third – burn degree di seluruh badannya.

Lebih memilukan, Bella dikatakan kerap didera termasuk diikat tangannya dan dibiarkan kelaparan. Dipercayai seramai lima orang individu terbabit dengan penderaan ke atas Bella termasuk pengasas Rumah Bonda sendiri, Siti Bainun Ahd Razali.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut ditemui di sebuah pusat asuhan kondominium di Wangsa Maju yang dikenali sebagai Rumah Bonda oleh seorang sukarelawan yang bertugas.

Keadaan Bella yang lemah serta mempunyai kesan lecur dan lebam di badan mendapat perhatian ramai termasuk selebriti dan warganet yang menuntut keadilan buat Bella.

Dalam pada itu, kronologi kes penderaan Bella masih menjadi persoalan dan perbincangan hangat warganet yang menyifatkan perkara tersebut sebagai sesuatu yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Pendedahan itu sekaligus menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap si pelaku dan simpati terhadap nasib yang menimpa mangsa yang baru berumur 13 tahun itu.

Pengasas Rumah Bonda sendiri iaitu Siti Bainun Ahd Razali, 28 tahun antara yang disyaki terlibat dalam kes penderaan tersebut.

Menurut laporan terbaru, Rumah Bonda kini telah disita kerana tidak berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan hak penjagaan terhadap Bella telah dilucutkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 29 Oct 2023
Hiburan Fri, 30 Nov 2018
Events Thu, 4 Apr 2019

Here’s Where You Can Purchase Tickets to Westlife’s Tour Stop in Kuala Lumpur

They’re coming in August and people have been raving about it!

Hiburan Mon, 13 May 2019

Slash Tampil Single Berkonsepkan Religi?

Tak sabar rasanya nak dengar lagu terbaru dari kumpulan Slash!

Featured Mon, 5 May 2025

Proses Pengesahan Perkahwinan Marissa, Aslam Ditangguhkan.. Mahu Cari Masa Sesuai Jumpa Abby Abadi

Aslam mengaku konflik keluarga sebelum ini berlaku atas kekhilafannya.

Hiburan Mon, 21 Oct 2024
error: Content is protected !!