Euforia Bola 2026
Trending By: Padin July 15, 2021 @ 7:50pm

Buat Laporan Polis, Siti Sarah Beri Masa 48 Jam Kepada Scammer!

Penyanyi dan usahawan, Siti Sarah Raissuddin membuat laporan polis terhadap pihak yang cuba memburukkan jenama perniagaannya.

Terdapat seorang wanita menipu pelanggan dan mendakwa dirinya sebagai wakil ‘dropship’ perniagaan yang diusahakan Sarah.

Sarah yang mengusahakan jenama pakaian dan hijab Loveta menuntut wanita itu menjernihkan kembali keadaan dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Pada awalnya, pihak kami menerima beberapa mesej peribadi daripada pelanggan di Instagram. Kami pelik kerana ada pelanggan yang masih belum menerima produk dibeli. Rupanya ia dibeli daripada individu yang mendakwa sebagai ‘dropship’ Loveta.

“Perkara ini sudah memburukkan jenama perniagaan saya dan saya kena ambil tindakan. Laporan telah dibuat semalam di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor oleh pegawai pemasaran Loveta.

“Sejujurnya, saya rasa sangat terkilan dan marah! Wujud pihak yang sanggup mencemarkan nama baik saya. Jenama yang saya usahakan ini bukanlah hanya mengenai saya semata-mata, malah saya sendiri menjaga banyak staf dan ejen yang mahu mencari rezeki.

“Saya ingin membuat penjelasan dan menegaskan yang dia bukan ‘dropship’ kami. Setakat ini, sudah ada empat pelanggan yang ditipu. Mereka tampil mendakwa belum menerima produk yang dibeli daripada wanita ini.

“Saya masih mahu mampu bersabar lagi dan saya memberi masa 48 jam untuk wanita ini selesaikan masalah yang dilakukan! Dia perlu membayar segala kerugian yang ditanggung oleh pelanggan.

“Jika dia ingkar, saya akan ambil tindakan lebih keras dan ia akan melibatkan tindakan undang-undang,” katanya Sarah dalam satu sidang media virtual petang tadi.

Mengakui kesabarannya mempunyai batas, Sarah bertindak tegas agar perkara sama tidak berulang lagi.

“Sabar memang boleh sabar, tapi kesabaran saya ada hadnya. Melihat keadaan sekarang ini, ramai yang terjejas, ada yang susah nak makan dan cari duit. Saat begini, saya terima pula berita ada manusia yang tergamak menipu dan yang lebih membuatkan saya geram, menggunakan jenama perniagaan saya.

“Selama ini, ada orang menyampaikan fitnah dan perkara tidak benar tapi saya malas nak layan. Tapi, tak sangka bila saya diam, ada yang bertindak melampau. Saya rasa kini saya kena tegas.

“Saya berniaga kerana mahu menolong orang lain, saya nak sama-sama bantu tapi ada pula yang senang-senang menipu. Saya usahakan perniagaan Loveta dan Ratasya ini adalah untuk membantu orang di luar sana menjadi dropship atau ejen saya.

“Saya sanggup keluarkan duit sendiri semata-mata nak ubah nasib mereka tanpa perlu keluar modal yang besar. Saya tekad menjalankan perniagaan ini kerana ada permintaan serta nak kongsi rezeki. Saya tak pernah terlintas yang orang akan gunakan saya untuk jadi scammer,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Wed, 6 Aug 2025

Eda Ezrin Bebas Selepas Lebih 9 Bulan Ditahan di Penjara Narathiwat

Hakim mahkamah penjara Narathiwat memutuskan untuk melepaskan penyanyi berusia 30 tahun itu bersama suaminya serta empat individu lain.

Hiburan Thu, 24 Jul 2025
Hiburan Mon, 5 Jan 2026

“Cukup Tiga Tahun Berdiam Diri” – Intan Najuwa Tuntut RM1.3 Juta, Seru Rizman Ruzaini Patuhi Perintah Mahkamah

Pihak Rizman Ruzaini diarahkan membayar RM1,300,000 kepada Intan Najuwa dan suami pada atau sebelum 15 Januari 2026

Hiburan Fri, 5 Dec 2025

Ditayangkan Di Lebih 80 Pawagam, Filem ‘Soloz: Game of Life’ Tembusi Pasaran Thailand

Bangganya! Karya arahan Syafiq Yusof itu ditayangkan secara rasmi di lebih 80 pawagam di seluruh Thailand bermula 4 Disember!

error: Content is protected !!